Harian Metro

Hidup sentiasa dibayangi ular

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Penduduk risau keselamata­n enam reptilia ditangkap di sekitar rumah sejak 2017

lar sawa ini yang keenam ditangkap di kawasan rumah saya sejak 2017,” kata Fendi Omar, 42, dari Kampung Titian Hangus, di sini.

Fendi berkata, dia bimbang kerana ular sering ditemui di kawasan rumahnya dan reptilia itu membaham ayam peliharaan­nya, selain pernah memasuki bonet kenderaan.

Menurutnya, reptilia keenam sepanjang empat meter yang ditemui di kawasan rumahnya itu semalam, ditangkap olehnya menggunaka­n penjerut kira-kira jam 11.45 malam, ketika asyik menelan seekor ayam di dalam reban.

Katanya, dia mengambil masa lebih lima minit untuk menangkap ular sawa itu kerana ia agresif dan cuba menyerangn­ya.

“Biarpun ular sawa ini tidak mempunyai bisa seperti ular tedung selar atau senduk, saya tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

“Ular ini memang tidak mematuk dan mempunyai bisa, tetapi ular sawa boleh menggigit dan mampu membelit mangsanya sehingga boleh membawa kepada kematian.

“Saya bernasib baik kerana cepat menjerut kepala ular itu. Jika tidak, ia pasti berjaya lolos kerana terlalu agresif dan pergerakan­nya sukar untuk dijangka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Fendi berkata, sejak hutan di kawasan rumahnya diteroka untuk projek pembanguna­n dan jalan raya, kehadiran ular sawa semakin kerap dan mengancam keselamata­n keluarga dan ternakan.

“Ular sawa terlalu kerap menyelinap ke dalam reban untuk membaham ayam membuatkan saya sudah maklum mengenai petanda kehadiran reptilia itu.

“Biasanya ayam yang ketakutan akan berkokok tanpa henti dan saya juga sentiasa bersedia dengan penjerut, lampu suluh dan peralatan lain untuk menangkap haiwan pemangsa ini.

“Setiap hari saya bimbang keselamata­n keluarga terutama anak kecil sekiranya tidak sedar kehadiran ular di kawasan rumah. Mujur setakat ini tidak ada kejadian tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? FENDI menunjukka­n ular sawa sepanjang empat meter yang ditangkap ketika membaham ayamnya.
FENDI menunjukka­n ular sawa sepanjang empat meter yang ditangkap ketika membaham ayamnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia