Harian Metro

Risau tak dibayar

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

„ Sub-kontraktor bimbang kerja awal ECRL tiada pembayaran

Sub-kontraktor yang terbabit projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bimbang kerja awal yang dilakukan mereka sebelum ini tidak berbayar, susulan pembatalan projek itu.

Selain menyifatka­n kerja yang sudah dilakukan sebelum ini sebagai sia-sia, ada antara mereka yang berdepan kesukaran memohon tender lain disebabkan kerenah birokrasi selepas perubahan pentadbira­n negara.

Seorang daripada sub-kontraktor itu yang enggan dikenali berkata, dia buntu mengenang nasibnya dan beberapa pekerja lain yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam projek ECRL.

“Sejak khabar angin tersebar bahawa projek itu akan dibatalkan pun, kami sudah mengalami beberapa masalah seperti lewat terima bayaran atas kerja yang sudah dilakukan.

“Apa akan jadi apabila pembatalan ini diumumkan secara rasmi? Kami menjadi semakin bimbang kerana adakah kerja sebelum ini akan dibayar?” katanya yang terbabit menyediaka­n kemudahan keselamata­n dalam projek kereta api laju.

Menurutnya, selepas perubahan tampuk pemerintah­an negara, beberapa masalah timbul antaranya sukar untuk memohon tender disebabkan kerenah birokrasi.

“Saya dengar selepas ini banyak perkara akan dihentikan atau ditangguh, termasuk penguranga­n pekerja selain menghentik­an pemberian tender projek,” katanya ketika ditemui, semalam.

 ??  ?? PAPAN iklan projek ECRL yang dipasang di Kota SAS, Kuantan.
PAPAN iklan projek ECRL yang dipasang di Kota SAS, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia