Harian Metro

Polis kumpul bukti

- Mohd Sabran Md Sani sab@nstp.com.my

Polis Johor masih mengumpul keterangan semua 13 suspek berhubung kejadian culik dan penemuan rangka manusia yang hangus dibakar dalam ladang sawit berhampira­n Kampung Panchor, Pagoh, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, langkah mengumpul keterangan itu bagi melengkapk­an kertas siasatan sebelum pihaknya mengajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Biarpun kes penculikan dan penemuan rangka itu selesai, kami masih mengambil keterangan semua suspek bagi melengkapk­an kertas siasatan.

“Polis mengambil keterangan sokongan daripada saksi kejadian dan menjalanka­n siasatan pelbagai sudut, siasatan dilakukan dengan teliti,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini 13 suspek ditahan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan buat masa ini tiada tangkapan susulan akan dilakukan.

“Tidak ada (tangkapan baru) dan semua (suspek) sudah cukup. Ini termasuk pemandu, pengawal dan individu yang meminta wang.

“Biasanya bagi kes seperti ini, kami memerlukan tiga bulan untuk mengetahui keputusan asid deosiribon­ukleik (DNA) yang dilakukan ke atas rangka.

“Bagaimanap­un saya cuba minta jasa baik hospital mempercepa­tkan proses penghantar­an ujian DNA ke makmal, selain mengambil sampel DNA dari keluarga mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis perlu memastikan proses siasatan berjalan lancar kerana tidak mahu ada pihak mempersala­hkan atau mempertika­ikan hasil siasatan dan ujian yang dilakukan.

Semalam, media melaporkan kecekapan pasukan khas IPK Johor menyelamat­kan seorang mangsa culik dan menemui rangka manusia yang hangus dibakar dalam ladang sawit berhampira­n Kampung Panchor, Pagoh.

Mayat dipercayai mangsa culik sejak 18 Julai itu, ditemui hasil soal siasat ke atas kumpulan 13 lelaki yang ditahan dalam siri serbuan di negeri ini.

Difahamkan, mangsa seorang lelaki bersama seorang mangsa lain dilaporkan hilang dari daerah berhampira­n akibat ditahan sekumpulan lelaki, sebelum salah seorang daripada mereka dipercayai dibunuh dan dibuang ke kawasan berkenaan.

Berikutan itu, kerja pencarian tulang mangsa dilakukan kira-kira jam 6 petang di kawasan berhampira­n tempat pembuangan sampah haram dan polis turut menggunaka­n lampu limpah berikutan keadaan gelap.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia