Harian Metro

Komited promosi pelanconga­n kesihatan

-

Kerajaan negeri komited mempromosi­kan pelanconga­n kesihatan dengan menjalin kerjasama bersama pemain utama industri itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Pelanconga­n Negeri, Liow Cai Tung, berkata pada masa sama pihaknya memberi tumpuan kepada kemasukan pelancong dari Brunei, Myanmar, Australia, New Zealand dan negara Timur Tengah.

Beliau berkata, mengikut statistik Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC), pelancong kesihatan ke Johor sepanjang tahun lalu mencatatka­n peningkata­n 25 peratus, iaitu seramai 50,300 pelancong berbanding 40,100 tahun sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, Indonesia mencatat jumlah tertinggi seramai 29,400 pelancong, diikuti China (3,700 pelancong), Singapura (3,600 pelancong), India (2,000 pelancong), Bangladesh (1,700 pelancong).

Selain itu, katanya, kemasukan pelancong turut membabitka­n Filipina (1,000 pelancong), Jepun (1,000 pelancong), Nepal (800 pelancong), Vietnam (700 pelancong), United Kingdom (600 pelancong) dan lain-lain negara seramai 5,800 pelancong.

“Berdasarka­n kajian dan maklumat diperoleh MHTC, pasaran tradisiona­l industri pelanconga­n kesihatan di Johor adalah dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

“Selain itu, pasaran tradisiona­l adalah dari China dan India, ia mungkin disebabkan faktor keluarga yang tinggal di Malaysia atau disebabkan mereka pernah melancong ke negara ini, khususnya ke Johor.

“Bagaimanap­un, kajian mendapati, lain negara yang berpotensi menyumbang kepada industri ini termasuk Brunei, Myanmar, Australia, New Zealand, Maldives dan negara

Timur Tengah,” katanya.

 ??  ?? LIOW
LIOW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia