Harian Metro

Peserta UTK sambung kursus Jual segera Equanimity

- Murni Wan Omar cnews@nstp.com.my

Peserta kursus pemilihan Unit Tindakan Khas (UTK) yang terbabit dengan serangan strok haba, Khamis minggu lalu akan kembali menyambung kursus berkenaan di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor.

Bagaimanap­un ia tertakluk kepada kebenaran daripada doktor yang merawat mereka ketika dimasukkan ke hospital tempoh hari.

Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, Superinten­dan Osman Mamat, berkata, peserta yang disahkan sihat boleh meneruskan kursus berkenaan.

“Kursus pemilihan UTK itu akan diteruskan, ia adalah satu kursus yang berperingk­at. Peringkat seterusnya akan diadakan di Bakri, Muar.

“Peserta yang tidak terbabit dalam serangan strok haba akan kembali melapor diri di Maktab Teknik PDRM,” katanya. Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan tiga lagi mengemukak­an permohonan di Mahkamah Admiraliti bagi mendapatka­n perintah untuk menjual kapal layar mewah, Equanimity dengan segera.

Kes akan disebut di Mahkamah Admiraliti hari ini di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Khadijah Idris.

Berdasarka­n writ dan notis permohonan, 1MDB dan dua syarikat subsidiari iaitu Global Investment Limited, Energy Holdings Limited dan Kerajaan Malaysia sebagai plaintif menamakan pemilik kapal atau Equanimity dari Cayman Islands sebagai defendan.

Permohonan itu difailkan melalui Tetuan Joseph & Partners pada 6 Ogos lalu.

Plaintif memohon deklarasi bahawa 1MDB adalah pemilik berkepenti­ngan dan diberi kuasa terhadap kapal.

Selain perintah menjual kapal layar itu, plaintif memohon perintah bahawa pembahagia­n hasil jualan kapal itu diserahkan kepada mereka, selepas pemilikan itu dibuktikan.

Plaintif juga memohon perintah kos dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

Menurut notis permohonan itu, kapal layar itu akan dijual oleh Sherif (pegawai mahkamah) melalui tender awam atau perjanjian sulit sekiranya ada menerima tawaran mengikut nilai pasaran atau lebih lagi.

Jualan kapal melalui tender awam itu perlu memenuhi terma dan syarat Sherif atau mahkamah serta bebas daripada sebarang kos.

Pembelian kapal itu perlu dibayar kepada Sherif dalam mata wang dolar Amerika Syarikat, Euro atau Ringgit

„ Permohonan perintah percepat jualan kapal layar mewah didengar hari ini

Malaysia.

Hasil jualan itu perlu dimasukkan dalam akaun bank tempatan yang diluluskan akauntan am dalam tempoh dua minggu selepas pembayaran diterima bagi mendapatka­n faedah komersial.

Sekiranya, penjualan dilakukan dalam mata wang asing, ia akan diletakkan dalam akaun yang mempunyai faedah mengikut budi bicara Sherif.

Sherif atau plaintif diberi kuasa untuk membuat pembayaran kepada kakitangan kapal layar itu melalui wang hasil penjualan kapal itu.

Berdasarka­n notis itu juga, Sherif diberi kuasa untuk menerima tawaran harga yang lebih tinggi sama ada melalui tender awam atau perjanjian sulit, mengikut pertimbang­an yang wajar dalam menentukan pembeli yang sesuai.

Plaintif diberikan kebebasan untuk melantik pengurus, jurunilai, pengawal keselamata­n, broker atau ejen yang sesuai bagi membantuny­a dalam penjualan kapal dan lain-lain perkara yang berbangkit.

 ??  ?? KAPAL layar mewah The Equaminity dilabuhkan
di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang.
KAPAL layar mewah The Equaminity dilabuhkan di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia