Harian Metro

Nafi balun isteri

-

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan memukul isterinya sehingga cedera di bahagian muka dan tangan, Mac tahun lalu.

Tertuduh, Azwan Abu Samah, 31, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abd Salim.

Azwan yang memakai kemeja-T merah itu gelisah sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap isterinya, Lydiawati Mohd Nazli, 31, dengan memukul mangsa pada bahagian muka dan tangan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Digi Dealer, Pekan Baru, pada 11.10 pagi, 4 Mac lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumka­n mahkamah bahawa tiada penjaminny­a yang hadir dalam prosiding semalam.

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes. Dua rakan masing-masing dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan melakukan rompak berkumpula­n terhadap lima tukang urut warga Filipina selain menyamar sebagai anggota polis, minggu lalu.

Hakim Mahyon Talib menjatu hkan hukuman itu terhadap Ahmad Noorshaees Ishak, 30, dan Mohd Affandi Hassan, 38, selepas kedua-dua tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan merompak manakala bagi pertuduhan menyamar polis, mereka dihukum penjara empat tahun.

Hukuman penjara itu diperintah­kan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 15 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka yang masih-masing tidak bekerja itu bersama-sama dengan seorang yang masih bebas didakwa telah melakukan rompak berkumpula­n terhadap lima wanita itu dan mengambil sembilan telefon bimbit pelbagai jenama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat urut, Blok D Walk, Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, Wangsa Maju, di sini pada jam 3.40 petang, 14 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menyamar sebagai anggota polis dan menunjukka­n gari kepada lima mangsa yang sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi memohon hukuman setimpal sebagai penjaran kepada kedua-dua tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia