Harian Metro

‘Tiada beza pun’

- Manirajan Ramasamy dan Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my

„ Halimey ulas pembangkan­g tidak perlu sebagai proses semak dan seimbang di DUN

Parlimen Seri Setia tidak memerlukan parti pembangkan­g bagi proses semak dan imbang.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar berpendapa­t parti pembangkan­g hanya mempunyai lima suara di dewan negeri.

“Hanya ada kira-kira lima wakil rakyat di Exco Negeri Selangor. Adakah anda fikir, wujud perbezaan (pada pembangkan­g) antara menjadi suara rakyat dan sebagai semak dan seimbang?” katanya mengulas keinginan parti pembangkan­g menjadi sebahagian daripada proses semak dan seimbang di Seri Setia.

Beliau ketika ditemui di pusat operasi PH untuk PRK Seri Setia, di sini, semalam, berkata, rakyat juga harus sedar bahawa Selangor dan Kerajaan Persekutua­n di Putrajaya berada di bawah PH.

PRK Dun Seri Setia pada 8 September depan bakal menyaksika­n pertembung­an antara Halimey dan calon Pas, Dr Halimah Ali.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin meninggal dunia 2 Ogos lalu akibat kanser.

Dr Halimah sebelum ini menyatakan hasratnya menjadi mekanisma ‘semak dan seimbang’ rakyat bagi kerajaan Selangor.

Oleh itu katanya, beliau memerlukan sokongan daripada pengundi, terutama belia, untuk memilihnya tanpa menghirauk­an parti yang diwakili.

Dr Halimah yang juga bekas ahli Exco Selangor, berkata terdapat keperluan untuk suara pembangkan­g yang kuat di dalam Dewan Undangan Negeri untuk memastikan terdapat proses semak dan seimbang di peringkat kerajaan negeri.

Halimey berkata, berada di peringkat negeri dan persekutua­n, PH mempunyai suara yang jauh lebih kuat berbanding suara pembangkan­g yang tidak akan menampakka­n perbezaan.

Oleh itu, beliau menggesa pengundi di Seri Setia melaksanak­an hak mereka dan mengundiny­a pada hari pengundian untuk melihat perbezaan dimaksudka­n.

 ??  ?? HALIMEY (tengah) meninjau keadaan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor Kampung Lindungan pada kempen calon DUN Seri Setia.
HALIMEY (tengah) meninjau keadaan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor Kampung Lindungan pada kempen calon DUN Seri Setia.
 ??  ?? DR Halimah
DR Halimah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia