Harian Metro

Ujian nilai sokongan, kemampuan parti MCA

-

Masa depan MCA bersama Barisan Nasional (BN) akan ditentukan berdasarka­n keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, PRK itu adalah ujian untuk parti itu menentukan masa depan parti.

Katanya, ini kerana selepas 60 tahun bekerjasam­a dan berada dalam BN, ini kali pertama parti itu bertanding atas tiket sendiri.

“PRK ini adalah percubaan parti untuk menilai sokongan dan kemampuan MCA kerana ada yang menyatakan parti ini menjadi liabiliti kepada BN.

“Ini PRK bukan Pilihan Raya Umum jadi mudah untuk kita buat ujian yang berani ini,” katanya ditemui ketika beliau membantu kempen calon MCA, Tan Chee Teong di Taman Megah di sini, semalam.

Beliau turut menyertai ceramah bergerak daripada atas trak mengelilin­g kawasan Taman Megah.

Ka Chuan berkata, bertanding sebagai satu parti dalam PRK satu ujian yang luar biasa untuk MCA.

Katanya, beliau akui tindakan itu satu keputusan yang berat untuk menguji sama ada MCA masih memiliki sokongan dalam kalangan masyarakat Cina khasnya.

“Ini cubaan berani dan kita akui sukar juga nak jelaskan kepada parti komponen...kita juga serba salah, kalau tidak buat kita tidak tahu sokongan, kekuatan dan kelemahan kita,” katanya. Balakong: MCA akan membawa isu pemansuhan tol di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong.

Calon MCA, Tan Chee Teong berkata, ini kerana Kerajaan Negeri turut mempunyai kepentinga­n dalam kutipan tol.

Katanya, beliau akui pemansuhan tol tiada dalam manifesto parti untuk PRK tetapi perkara itu adalah isu yang rakyat inginkan.

“Ini bukan isu meniru manifesto parti lain. Saya bukan hanya perjuangka­n isu dalam manifesto. Isu berkaitan kepentinga­n rakyat akan saya teruskan,” katanya ditemui media selepas beliau melakukan kempen di kawasan sekitar Taman Seri Cheras di sini, semalam.

Chee Tong berkata, Balakong dikeliling­i tujuh tol yang ‘mengepung’ penduduk di kawasan itu.

Katanya, penduduk Balakong seakan terperangk­ap dengan tol kerana terpaksa membayar tol untuk keluar

ke Kajang atau Kuala Lumpur.

“Saya harap sangat jika kerajaan dapat mansuhkan tol seperti dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Jika tak dapat mansuh pun sekurang-kurangnya turunkan harga tol bagi meringanka­n beban penduduk di sini,” katanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan media, Chee Tong berkata, beliau terkejut dengan tindakan calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki yang gagal menjawab isu berkaitan kegagalan pemansuhan tol oleh kerajaan seperti dalam janji manifesto.

“Siew Ki memberitah­u perkara itu perlu ditanyakan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Adakah Wong Siew Ki akan merujuk semuanya kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri?

“Saya terkejut dengan jawapan yang diberikan Siew Ki dengan alasan bahawa isu tol adalah isu kerajaan Persekutua­n .

“Sampai bila isu seperti ini hendak ditanyakan kepada Menteri,” katanya.

 ??  ?? TAN (kanan) bersama Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (dua dari kiri) menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda untuk berkempen di DUN Balakong.
TAN (kanan) bersama Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan (dua dari kiri) menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda untuk berkempen di DUN Balakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia