Harian Metro

Sindiket cuba nasib

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Individu atau sindiket yang memalsukan emas kebiasaann­ya datang ke premis pajak gadai seramai dua atau tiga orang untuk memantau keadaan serta menghubung­i rangkaian mereka bagi ‘mencuba nasib’ di cawangan premis sama di lokasi lain.

Mendedahka­n perkara itu, Ketua Pegawai Operasi Pos Ar-Rahnu Abdul Razak Mohd A Kadir berkata, pemerhatia­n pihaknya sejak enam tahun lalu mendapati taktik itu digunakan pihak tertentu untuk menipu dan mengaut untung mudah.

Katanya, jika berjaya menggadai emas di satu-satu premis, anggota sindiket lain akan berhubung dengan rakan mereka untuk memaklumka­n sistem ‘lompong’ di situ yang berkemungk­inan turut dihadapi cawangan di tempat lain.

“Biasanya mereka menggunaka­n bentuk emas yang sama kerana urus niaga diterima di tempat lain.

“Sebelum ini, sebuah institusi kewangan ditipu puluhan juta ringgit oleh sindiket ini. Jadi, pengguna harus berjaga-jaga,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro, kelmarin, mengenai pendedahan Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) terhadap kewujudan sindiket yang membawa masuk emas palsu dari negara jiran sejak beberapa tahun lalu.

Daripada 4.4 juta transaksi gadaian emas direkodkan dari 2000 hingga Jun 2018 di 212 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM, 400 kes gadaian emas palsu berjumlah RM400,000 didapati dilakukan sama ada oleh individu atau sindiket.

Abdul Razak berkata, sebagai langkah pencegahan, pemantauan menggunaka­n kamera litar tertutup perlu dibuat kerana ia mampu mengenal pasti individu terbabit sebelum memaklumka­n kepada pihak berwajib dan premis lain supaya berwaspada dengan kehadiran mereka.

Katanya, mereka yang dikenal pasti juga perlu disenaraih­itamkan di dalam rekod supaya tidak dapat berurusan di tempat sama selepas ini dan mengelakka­n kejadian itu berulang.

“Di Pos Ar-Rahnu, kami pastikan hanya pekerja mahir yang akan menentukan ketulenan emas dan sekurang-kurangnya dua pegawai menentukan sama ada ia tulen atau tidak. Selepas itu, kita akan jelaskan kepada pelanggan sebelum urus niaga diteruskan.

“Jika mendapati wujud senario mencurigak­an, kami segera memaklumka­nnya kepada cawangan lain dan pengusaha lain kerana mereka ini bergerak dalam kumpulan yang ramai.

“Pastikan kedai emas dikunjungi membeli barangan mendapat pengiktira­fan” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro kelmarin.
LAPORAN Harian Metro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia