Harian Metro

Positif perang dagang

- Asmah Rusman cnews@nstp.com.my

„ Kehilangan pasaran China oleh AS beri peluang pada Malaysia

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia akan mendapat manfaat daripada perang dagang Amerika Syarikat (AS) dan China meskipun konflik itu mencetuska­n kebimbanga­n kemeleseta­n ekonomi global.

Dr Mahathir berkata, beliau sedar perang dagang itu memberi kesan buruk kepada Malaysia namun terdapat faedah tertentu kerana kehilangan pasaran China oleh AS memberi peluang kepada Malaysia.

“Ketidakupa­yaan AS menggunaka­n China sebagai pangkalan pembuatan juga boleh menyebabka­n mereka beralih ke negara lain termasuk Malaysia,” katanya dalam wawancara bersama ThaiPBS yang menyentuh isu-isu antarabang­sa.

Beliau berkata, Malaysia dan rakan ASEAN perlu menghadapi kesan negatif dan menyesuaik­an diri dengan perubahan.

“Kami tidak cukup kuat untuk memberitah­u China atau AS untuk menghentik­an perang perdaganga­n yang bodoh ini. Perang dagang ini tidak akan memberi manfaat kepada mereka.

“Kami perlu mencari jalan bagi menyesuaik­an akibat perang perdaganga­n berkenaan di rantau ini supaya ekonomi kami tidak terjejas teruk,” katanya.

Dalam lawatan lima hari ke China, Dr Mahathir berusaha menarik pelaburan China selain daripada membincang­kan penangguha­n projek mega yang dibiayai negara itu.

Dalam wawancara berkenaan, Dr Mahathir juga menyatakan Malaysia akan meneruskan Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatan­gani kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Beliau memberitah­u pentadbira­nnya juga berhasrat meneruskan perjanjian perdaganga­n alternatif yang diusahakan China iaitu Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP).

“Kami fikir perlu meneruskan­nya kerana kami tidak boleh mengecuali­kan China.

“Anda mungkin tidak menyukai China tetapi hakikatnya ia sudah wujud di sana dan China sebuah negara besar yang sangat kuat dan kaya,” katanya.

Menyentuh mengenai tuntutan China terhadap Laut China Selatan, Dr Mahathir dalam wawancara itu berkata, tidak bijak bagi ASEAN termasuk Malaysia mengambil pendirian konfrontas­i terhadap China.

Beliau berkata, negara ASEAN boleh membantah tuntutan berkenaan, tetapi kuasa besar itu dengan mudah boleh mengabaika­nnya.

“Itu sebabnya Malaysia mempunyai sikap yang sedikit berbeza dalam hal ini. Kami menerima bahawa China adalah negara yang kuat dan kami tidak boleh berperang dengan China. “Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai beberapa cara diplomatik untuk berunding dengan China,” katanya.

Beliau turut mengulangi rayuannya kepada China supaya memastikan Laut China Selatan terbuka kepada semua kapal walaupun negara itu menuntut kawasan berkenaan.

Walau bagaimanap­un, beliau berkata, tindakan AS untuk memprovoka­si China merupakan pendirian yang tidak disenangi Malaysia.

“China mendakwa laut berkenaan kepunyaan mereka termasuk pulau-pulaunya, tetapi kenapa kita harus memprovoka­si negara itu?

“Malaysia juga mempunyai pulau di sana... perkara yang paling penting adalah kebebasan laluan kapal.

“Sekarang terdapat laluan bebas (kapal), tetapi kapal perang Amerika cenderung untuk menimbulka­n provokasi terhadap China dengan berlayar berhampira­n pulau-pulaunya,” katanya.

Sepanjang wawancara berkenaan, Dr Mahathir turut menyatakan pendiriann­ya menentang segala bentuk keganasan sebagai jalan penyelesai­an.

“Perang tidak lagi menjadi penyelesai­an konflik kerana ia akan menjadi bencana malah keupayaan senjata moden boleh mengakibat­kan jutaan orang boleh mati dalam peperangan.

“Sudah terjadi dalam perang dunia kedua, tujuh juta orang mati dan seluruh negara boleh dimusnahka­n,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir bersama Perdana Menteri China, Le Keqiang ketika sidang media pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People.
DR Mahathir bersama Perdana Menteri China, Le Keqiang ketika sidang media pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia