Harian Metro

‘Hidup saya tak tenteram’

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

„ Gadis diburu ceti haram selepas bekas majikan salah guna MyKad buat pinjaman

“Hidup saya tidak tenteram sejak diburu ceti haram walaupun tidak pernah berhutang dengan mereka,” kata seorang gadis dikenali sebagai Ayu, 22.

Ayu yang berasal dari Kluang berkata, dia berdepan masalah itu apabila bekas majikan menggunaka­n dokumen pengenalan dirinya ketika membuat pinjaman.

Juruwang itu berkata, kejadian berkenaan berlaku 22 April lalu apabila bekas majikannya yang juga pemilik syarikat perancang majlis membawanya ke pejabat dipercayai milik ceti haram di Masai.

Katanya, dia mendapati bekas majikannya dikenali sebagai Abdullah, 40-an, memiliki slip gaji mengandung­i namanya dan ia dipercayai dokumen palsu.

“Bekas majikannya menggunaka­n dokumen pengenalan diri saya ketika itu tanpa memaklumka­n tujuannya.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan umpama diperbodoh­kan,” katanya.

Ayu berkata, pertengaha­n Julai lalu dia mula menerima panggilan telefon daripada ceti haram yang menuntut tunggakan pinjaman RM250.

Menurutnya, ceti haram berkenaan mendakwa jumlah tunggakan pinjaman keseluruha­n adalah RM1,000.

“Saya berasa tertipu dan mengesyaki dokumen pengenalan diri saya disalah gunakan bekas majikan membuat pinjaman.

“Saya berusaha menghubung­i bekas majikan namun tiada maklum balas. Lebih teruk lagi apabila saya dimaklumka­n beliau berasal dari Kota Tinggi,” katanya.

Ayu berkata, berikutan kejadian itu, dia menerima ugutan daripada ceti haram berkenaan.

“Saya khuatir dengan keselamata­n diri sejak menerima ugutan daripada ceti haram.

“Disebabkan tiada pilihan lain, saya dan keluarga bercadang melangsaik­an hutang itu kerana bimbang diancam ceti haram berkenaan,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam 27 Julai lalu.

Jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Biro MCA Penyelaras­an Hal Ehwal Kerajaan Michael Tay berkata, setiap warga tempatan seharusnya peka dengan kes salah guna dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, pihaknya pernah menerima aduan kes salah guna kad pengenalan termasuk institusi kewangan mahupun syarikat telekomuni­kasi.

“Ceti haram mahupun institusi kewangan sepatutnya menyiasat maklumat diberikan pelanggan kerana tindakan mereka memberi pinjaman mudah tanpa menyiasat kesahihan dokumen adalah kesilapan besar,” katanya.

Tay berkata, undang-undang berat perlu diperkenal­kan bagi membendung perbuatan salah guna dokumen pengenalan diri dan pesalah perlu menjalani hukuman penjara.

 ??  ?? TAY
TAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia