Harian Metro

Roti bakar dapur arang

„ Jurujual bersut tukang masak, basikal antik tarik perhatian pembeli

- Khairul Najib Asarulah Khan cnews@nstp.com.my

Keunikan yang ditonjolka­n Mohd Rizal Salikon, 39, menjual roti bakar menggunaka­n basikal antik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang 3, dekat sini, menarik perhatian orang ramai.

Lebih menarik, dia yang berpakaian sut tukang masak turut membakar roti itu di lokasi berkenaan menggunaka­n dapur arang.

Katanya, idea menjual roti bakar itu tercetus selepas dia melihat gaya jualan roti bakar di India menerusi YouTube.

“Saya cuba melakukann­ya pada Mac lalu menggunaka­n basikal antik koleksi saya yang diubah suai untuk menempatka­n perkakas yang sesuai.

“Pada mulanya saya menjual

“Saya menggalakk­an anak membeli roti ini berbanding membeli makanan ringan seperti snek atau gula-gula kerana ia bukan saja tidak mengenyang­kan malah tidak berkhasiat” Zaidlar Sarbayni

roti John namun disebabkan sambutan kurang memberangs­angkan saya beralih pada menjual roti bakar dan sambutan yang diterima menggalakk­an,” katanya ketika ditemui di SK Senawang 3, dekat sini.

Menurutnya, terdapat lima perisa yang dijualnya iaitu coklat, mentega kacang, blueberry, mentega dan kaya.

“Setiap hari kira-kira 20 set roti bakar dijual. Setiap satu set hanya RM1.

“Roti ini dijual bermula jam 1 petang sehingga 2.30 petang untuk murid sesi pagi dan jam 4 petang sehingga 5.30 petang untuk murid sesi petang pada setiap Isnin sehingga Khamis.

“Pada masa akan datang, saya akan menggunaka­n basikal tiga roda disebabkan permintaan semakin meningkat dan ingin mempercepa­tkan proses pembakaran roti terbabit,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Zaidlar Sarbayni, 44, berkata, gaya penjualan roti bakar itu bukan saja unik malah ia menarik murid termasuk ibu bapa.

“Setiap kali menjemput anak, saya pasti membelinya kerana harganya bukan saja murah malah rasanya enak.

“Saya menggalakk­an anak membeli roti ini berbanding membeli makanan ringan seperti snek atau gula-gula kerana ia bukan saja tidak mengenyang­kan malah tidak berkhasiat,” katanya.

 ??  ?? MOHD Rizal menjual roti bakar menggunaka­n basikal antik di hadapan SK Senawang 3, Seremban.
MOHD Rizal menjual roti bakar menggunaka­n basikal antik di hadapan SK Senawang 3, Seremban.
 ??  ??
 ??  ?? TERDAPAT lima perisa yang dijual iaitu coklat, mentega kacang, blueberry, mentega dan kaya.
TERDAPAT lima perisa yang dijual iaitu coklat, mentega kacang, blueberry, mentega dan kaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia