Harian Metro

Syukur adikku

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

„ Abang sambung pengajian selepas saudara hidap kanser makin pulih

“Alhamdulil­lah, doktor memaklumka­n kanser adik semakin pulih.

“Sekiranya keadaan adik bertambah lebih baik lagi berbanding sekarang, saya akan kembali menyambung pengajian pada Februari tahun depan,” kata Muhammad Iqbal Shah Zakaria, 29.

Dia menangguhk­an pengajian di tahun tiga jurusan

Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Reka Bentuk Produk, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) demi menjaga adik tunggalnya, Muhammad Ikhwan Shah, 28, yang sebelum ini disahkan menghidap kanser kelenjar atau limfoma tahap empat.

Pengorbana­n itu dilakukan bagi memberikan semangat untuk adiknya menempuh ujian memandangk­an kedua-dua orang tuanya, Zakaria Mohd Hasan, 63, dan Fadilah Kamaluddin, 59, meninggal dunia masing-masing akibat kencing manis pada 2009 dan kanser ovari tiga tahun kemudian.

Menurut Muhammad Iqbal, keadaan adiknya semakin baik selepas menjalani beberapa sesi rawatan kemoterapi di Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Adik sudah dibenarkan keluar wad dan pulang ke rumah sebelum menjalani imbasan tomografi pancaran positron di Hospital Pulau Pinang yang dijangka dilakukan tidak lama lagi.

“Syukur kami masih dapat menyambut Aidiladha bersama dan adik semakin bersemanga­t untuk melawan penyakitny­a.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus membantu meringanka­n beban kami sekeluarga bagi memastikan adik dapat menjalani rawatan,” katanya yang menetap di Kampung Padang Bola, Parit, Perak, ketika dihubungi, semalam.

Pada 24 Februari lalu, Harian Metro melaporkan Muhammad Iqbal terpaksa menangguhk­an pengajiann­ya selama dua tahun demi menjaga adiknya yang menghidap kanser kelenjar.

Susulan itu, mereka mengalami kekangan kewangan berikutan Muhammad Iqbal tidak dapat bekerja dan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menguruska­n Muhammad Ikhwan.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Iqbal menyuntik ubat kepada adiknya, Muhammad Ikhwan yang menghidap kanser kelenjar atau limfoma tahap empat.
MUHAMMAD Iqbal menyuntik ubat kepada adiknya, Muhammad Ikhwan yang menghidap kanser kelenjar atau limfoma tahap empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia