Harian Metro

Tiada bukti rasuah

-

„ Ka Siong diisytihar kekal sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam

Mahkamah Tinggi (Bahagian Pilihan Raya) semalam, mengisytih­arkan Datuk Seri Wee Ka Siong dipilih sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam secara sah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan demikian selepas membenarka­n bantahan awal Ka Siong, sekali gus menolak petisyen pilihan raya yang dikemukaka­n Senator Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor pada 12 Jun lalu.

Chin Tong selaku pempetisye­n memfailkan petisyen pilihan raya itu terhadap Ka Siong, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Hafiz Aliman dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) selaku responden pertama hingga ke- tiga kerana mendakwa terdapat beberapa peraturan dan undang-undang yang dilanggar sepanjang tempoh berkempen.

Pada PRU14 lalu, Ka Siong memenangi kerusi parlimen berkenaan dengan memperoleh 17,076 undi manakala Chin Tong mendapat 16,773 undi dan calon PAS, Mardi Marwan pula mendapat 4,975 undi.

Mohd Nazlan dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah bersetuju dengan peguam responden bahawa petisyen yang dikemukaka­n itu tidak mengemukak­an fakta berhubung aduan terdapat amalan rasuah sepanjang tempoh berkempen.

Hakim itu berkata, Chin Tong selaku pempetisye­n juga mesti mengemukak­an selanjutny­a bahawa disebabkan amalan rasuah itu, ia menjejaska­n keputusan pi- lihan raya bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam.

“Pempetisye­n mesti membuktika­n bahawa terdapat klausa tindakan berhubung aduan itu... Kegagalan untuk berbuat demikian adalah amat serius.

“Dengan alasan ini, saya mendapati pihak responden (Ka Siong) berjaya dalam bantahan awalnya untuk membatalka­n petisyen itu kerana tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Sehubungan itu, saya menolak petisyen ini dan mengisytih­arkan responden dipilih (sebagai Ahli Parlimen) secara sah,” katanya.

Dengan keputusan itu, Ka Siong kini penyandang kerusi Parlimen berkenaan bagi empat penggal berturut-turut.

Mahkamah turut memerintah­kan Chin Tong membayar kos masing-masing RM10,000 kepada setiap responden.

Dalam prosiding itu, Chin Tong diwakili peguam Datuk Yeo Yang Poh, manakala Ka Siong diwakli peguam Ng Chee Hor dan Ang Boon Heng dan peguam Zulhelmi Wagiman bertindak bagi pihak Mohd Hafiz dan SPR.

Ka Siong ketika ditemui pemberita berkata, beliau berterima kasih kepada peguam dan lega dengan keputusan mahkamah itu.

 ??  ?? KA Siong memperoleh 17,076 undi manakala Chin Tong mendapat 16,773 undi.
KA Siong memperoleh 17,076 undi manakala Chin Tong mendapat 16,773 undi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia