Harian Metro

Pujukan Abot, Rambai

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

Khidmat gajah Denak iaitu Abot dan Rambai sekali lagi digunakan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, bagi menjinakka­n seekor gajah betina liar di Kampung Air Putih, di sini, Selasa lalu.

Gajah itu dikatakan pakar dalam menjinakka­n gajah dan setakat ini, kedua-duanya sudah lebih 50 kali berkhidmat dalam operasi memindahka­n gajah liar di seluruh negara, sejak 2011.

Kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu, Abot dan Rambai berjaya menundukka­n seekor gajah betina seberat dua tan sekali gus membolehka­n kerja pemindahan berjalan lancar dan haiwan liar itu dinaikkan ke atas lori pada jam 2 petang.

Sebelum ini, kawanan gajah liar termasuk gajah betina itu menceroboh dan merosakkan kelapa sawit milik penduduk di Kampung Air Putih, yang menyebabka­n mereka kerugian sehingga lebih RM30,000.

Timbalan Ketua Unit Gajah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang, Mohd Khairul Adha Mat Amin, berkata gajah yang berjaya ditangkap itu akan dipindahka­n ke Taman Negara Tasik Kenyir.

“Ketika ditangkap, gajah betina itu didapati mengalami kecederaan di bahagian badan dan kita sudah memberi rawatan sebelum ia dibawa naik ke atas lori.

“Kita akan terus memburu lima lagi gajah liar di situ yang sempat melarikan diri

„ PERHILITAN guna khidmat 2 gajah Denak pindah pak belalai liar

ketika operasi dilakukan,” katanya.

Mohd Khairul Adha berkata, Abot dan Rambai terpaksa digunakan sekali lagi di sini, selepas kedua-dua gajah denak itu berjaya menjinakka­n seekor gajah jantan yang menceroboh kebun penduduk di Setiu, minggu lalu.

“Masalah ini tidak akan selesai begitu sahaja dan kita akan terus memantau beberapa lagi gajah di Kampung Air Putih supaya keselamata­n penduduk di sini, terjamin,” katanya.

Pekebun, Mokhtar Junuh berkata, dia gembira kerana masalah yang membelengg­u mereka selama ini dipandang serius pihak berkuasa.

Namun, katanya, tetap bimbang kerana masih ada gajah liar yang berkeliara­n dan diharap dapat ditangkap secepat mungkin.

Setakat ini, PERHILITAN Terengganu menerima 10 aduan penduduk berhubung ancaman gajah terutama di Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

 ?? Mohd Khairul Adha Mat Amin ?? ANGGOTA PERHILITAN memindahka­n seekor gajah liar di Kampung Air Putih selepas berjaya dijinakkan. Kita akan terus memburu lima lagi gajah liar di situ yang sempat melarikan diri ketika operasi dilakukan”
Mohd Khairul Adha Mat Amin ANGGOTA PERHILITAN memindahka­n seekor gajah liar di Kampung Air Putih selepas berjaya dijinakkan. Kita akan terus memburu lima lagi gajah liar di situ yang sempat melarikan diri ketika operasi dilakukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia