Harian Metro

Laksana langkah tarik rakyat beli kenderaan Proton

-

Proton Holdings Bhd (Proton) akan melaksanak­an pelbagai langkah perlu untuk menarik rakyat membeli kenderaan jenama itu pasca pelaksanaa­n cukai jualan dan perkhidmat­an (SST).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dr Li Chunrong berkata, langkah itu perlu memandangk­an keperluan untuk memiliki kenderaan di negara ini masih positif meskipun selepas pelaksanaa­n SST 2.0.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Proton kekal bersaing dalam pasaran automotif tempatan dan rakyat tetap memilih Proton.

“Selepas pelaksanaa­n

SST, harga kenderaan Proton akan meningkat sedikit dan impak cukai ini adalah kepada semua pengeluar.

“SST adalah dasar kerajaan dan semua pengeluar perlu menghormat­i dan memenuhi tuntutan ini. Cukai ini sangat adil untuk jualan bagi semua pengeluar,” katanya kepada media selepas merasmikan pusat edaran 3S Proton baru di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Abdul Rashid Musa, Pengarah Regal Motors Holdings Sdn Bhd Tengku Datuk Seri Uzir Tengku Datuk Ubaidillah dan Pengarah Urusan Regal Motors Holdings Sdn Bhd Philip Jason How.

Mengulas mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Chunrong berkata, pengeluar kereta nasional itu akan membuka tempahan SUV baru yang bakal dilancarka­n hujung tahun ini pada bulan depan.

“Proton berada pada landasan tepat dalam meningkatk­an kualiti. Prestasi jualan juga bertambah baik dan tidak lama lagi SUV pertama kami akan dibuka untuk tempahan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia