Harian Metro

SASAR CAPAI RM5B

- Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@nstp.com.my

„ SP Setia bakal lancar beberapa projek baru separuh kedua 2018

SP Setia Bhd (SP Setia) akan melancarka­n beberapa projek baru bernilai RM4 bilion pada separuh kedua 2018, sejajar dengan sasaran mencapai jualan RM5 bilion untuk tahun ini.

Bagi separuh pertama tahun ini, pemaju hartanah terkemuka itu mencatatka­n prestasi jualan memberangs­angkan dengan merekodkan jualan RM2.11 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Khor Chap Jen berkata, meskipun berdepan dengan cabaran, SP Setia masih mampu merekodkan angka jualan yang baik termasuk projek tempatan yang menyumbang jualan RM1.41 bilion dengan bakinya adalah dari projek di luar negara.

“Pada separuh kedua tahun ini, kami akan melancarka­n beberapa projek baru yang mana kira-kira dua pertiga daripadany­a adalah pembanguna­n hartanah di dalam negara.

“Prospek kumpulan pada masa depan dijangka kekal positif dengan jumlah jualan belum dibilkan atau diterima berjumlah RM8.12 bilion, selain 46 projek yang sedang dijalankan,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan SP Setia bagi separuh pertama 2018 di sini, semalam

Beliau berkata, sehingga 30 Jun lalu kumpulan juga mempunyai simpanan tanah seluas 3,879.72 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) dianggarka­n berjumlah RM155.94 bilion.

“Jumlah itu mencukupi untuk kami terus mengekalka­n kedudukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Bagi separuh pertama 2018, SP Setia merekodkan pendapatan RM1.58 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM629.4 juta.

Keuntungan bersih syarikat hartanah itu pada suku kedua turut meningkat 77 peratus tahun ke tahun kepada RM442.74 juta daripada RM250.57 juta, didorong hasil jualan projek hartanah yang berjaya disiapkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia