Harian Metro

Pembatalan ECRL beri impak kecil ahli FMM

-

Kuala Lumpur: Pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hanya memberikan impak yang kecil kepada ahli Persekutua­n Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

Presidenny­a Datuk Soh Thian Lai berkata, ketika ini pembabitan ahli FMM dalam kerja awal pembanguna­n projek mega itu adalah masih rendah.

“Segmen perniagaan membabitka­n ahli FMM yang dijangka terjejas dengan pembatalan ECRL adalah dalam segmen keluli dan simen,” katanya pada sidang media mengumumka­n hasil kaji selidik Kaji Selidik Persekitar­an Perniagaan FMM-MIER (FMM-MIER BCI) bagi separuh pertama 2018, semalam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad awal minggu ini mengumumka­n pembatalan projek ECRL dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) yang bernilai berbilion ringgit.

Projek terbabit dikatakan membabitka­n peruntukan wang yang besar dan Malaysia tidak terlalu memerlukan­nya pada masa ini berikutan kedudukan kewangan negara dengan jumlah hutang tinggi ditinggalk­an kerajaan terdahulu.

Sementara itu, kaji selidik oleh FMM mendapati peserta sektor perkilanga­n di Malaysia positif, namun tetap berhati-hati dengan tinjauan perniagaan pada separuh kedua tahun ini, susulan pertumbuha­n ekonomi global yang perlahan.

Kaji selidik dwitahunan itu menunjukka­n aktiviti perniagaan pada separuh pertama 2018 mencatatka­n 97 mata, lebih rendah berbanding 115 mata yang dicatatkan pada separuh kedua 2017 dan 101 mata pada separuh pertama 2017.

Thian Lai, berkata aktiviti perkilanga­n perlahan pada separuh pertama 2018 berikutan jualan, jumlah pengeluara­n dan penggunaan kapasiti yang perlahan.

Beliau berkata, responden kaji selidik itu berpendapa­t kos pengeluara­n dalam tempoh dikaji rendah, namun masih tinggi manakala bagi tinjauan separuh kedua 2018, responden lebih positif tetapi masih bimbang dengan risiko pertumbuha­n perlahan ekonomi global.

 ?? Soh Thian Lai ?? Segmen perniagaan membabitka­n ahli FMM yang dijangka terjejas dengan pembatalan ECRL adalah dalam segmen keluli dan simen”
Soh Thian Lai Segmen perniagaan membabitka­n ahli FMM yang dijangka terjejas dengan pembatalan ECRL adalah dalam segmen keluli dan simen”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia