Harian Metro

Permintaan kukuh

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

„ Malaysia dijangka bekal 63% permintaan global sarung tangan getah pada tahun ini

Malaysia dijangka membekalka­n 63 peratus atau 168.8 bilion sarung tangan getah daripada keseluruha­n permintaan global tahun ini.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo berkata, ia berikutan permintaan bagi produk berkenaan di dunia kekal kukuh.

Beliau berkata, permintaan global dijangka meningkat daripada 232.2 bilion sarung tangan getah pada 2017 kepada 268 bilion sarung tangan getah tahun ini.

“Malaysia masih menjadi pengeluar utama produk sarung tangan getah dengan pasaran utama eksport produk berkenaan adalah Amerika Syarikat iaitu sebanyak 36 peratus diikuti Eropah 30 peratus dan Amerika Selatan 15 peratus.

“Bagi suku pertama dan kedua tahun ini, industri menyaksika­n pertumbuha­n dalam permintaan bagi produk sarung tangan getah walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangs­angkan,” katanya selepas sesi penerangan mengenai Persidanga­n dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabang­sa 2018 (IRGCE 2018) di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Penganjur IRGCE 2018, Lim Kwee Syhan.

Mengulas lanjut, Low berkata, industri sarung tangan getah berkembang pesat dalam tempoh dua dekad lalu dan menunjukka­n pertumbuha­n kukuh.

Katanya, industri berkenaan mengekspor­t sarung tangan getah ke lebih 195 negara di seluruh dunia.

Dari Januari hingga Jun lalu, nilai eksport bagi industri getah tempatan adalah RM8.47 bilion meningkat 6.57 peratus daripada RM7.95 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

“Pertumbuha­n industri sarung tangan getah dipacu tiga faktor utama iaitu pertambaha­n keperluan kawal selia organisasi di seluruh dunia, peningkata­n kekayaan serta kesedaran penjagaan kesihatan diri yang meningkat,” katanya.

Sementara itu, IRGCE 2018 yang bakal berlangsun­g selama tiga hari bermula 4 September depan bakal dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Low berkata, untuk edisi kesembilan penganjura­nnya, ia bakal disertai lebih 800 peserta persidanga­n dan menarik kunjungan lebih 10,000 pengunjung dagang dari negara lain.

“Kami menambah jumlah gerai pameran yang mempamerka­n inovasi dan produk terbaru daripada 272 pada 2016 kepada 514 gerai pameran tahun ini,” katanya.

 ??  ?? LOW (tengah) pada sidang media mengenai IRGCE 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
LOW (tengah) pada sidang media mengenai IRGCE 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia