Harian Metro

Australia larang Huawei bekalkan peralatan

-

Australia melarang firma telekomuni­kasi terkenal China, Huawei Technologi­es Co Ltd (Huawei) daripada membekalka­n peralatan rangkaian mudah alih 5G dengan alasan bimbangkan risiko campur tangan asing.

Pembabitan Huawei dalam pelancaran rangkaian itu dan penolakan oleh agensi keselamata­n Australia menjadi punca ketegangan dua negara terbabit sejak beberapa bulan lalu, ketika pertikaian mengenai dakwaan campur tangan China dalam politik Australia semakin mendalam.

Pendirian Australia menyamai kedudukan Amerika Syarikat yang menolak Huawei daripada pasaran negara itu berhubung kebimbanga­n keselamata­n negara.

Kerajaan Australia dalam kenyataan berkata, pembekal yang ‘kemungkina­n menjadi topik hala tuju di

luar undang-undang daripada sebuah kerajaan asing’ perlu meninggalk­an rangkaian Australia yang terdedah kepada akses atau campur tangan tidak diluluskan.

Kenyataan itu tidak menamakan secara khusus firma China terbabit, namun seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, arahan itu menyasarka­n Huawei dan menghalang pembabitan­nya dalam rangkaian berkenaan.

Cawangan Huawei Australia yang menafikan sekeras-kerasnya ia dikawal Beijing, membuat kenyataan melalui Twitter semalam, bahawa tindakan itu ‘keputusan amat mengecewak­an untuk pelanggan.’

Seperti Amerika, Australia sudah lama bimbangkan hubungan Huawei dengan kerajaan China yang memungkink­an peralatann­ya mungkin digunakan untuk intipan, namun ia dinafikan Huawei. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia