Harian Metro

Palestin tolak tawaran Amerika

„ Trump mahu beri ‘sesuatu yang bagus’ jika Palestin iktiraf Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel

- Agensi

Pemimpin Palestin menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mahu memberi ‘sesuatu yang bagus’ jika Palestin mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

Pegawai kanan Palestin, Ahmad al-Tamimi berkata, tindakan Trump mahu mengeluark­an Baitulmaqd­is daripada rundingan akan datang, adalah ‘dasar berterusan Amerika yang memihak Israel.’

Menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA, beliau berkata, gesaan Trump untuk perjanjian damai Israel-Palestin

adalah mustahil tanpa mengiktira­f Timur Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Palestin.

Keputusan Amerika mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel Disember lalu dan memindahka­n kedutaanny­a ke bandar itu mencetuska­n kemarahan dalam kalangan penduduk Palestin.

Pembukaan kedutaan Amerika pada 14 Mei lalu, menyaksika­n bantahan besar-besaran dan pertembung­an di sempadan Gaza dengan sekurang-kurangnya 63 maut akibat ditembak tentera rejim Zionis.

Selasa lalu, Trump sekali lagi mempertaha­nkan tindakan

itu yang menurutnya bagi memudahkan rundingan selepas ini.

“Ingat apa yang saya kata, ia sesuatu yang bagus mengeluark­annya (Baitulmaqd­is) dari meja rundingan kerana setiap kali rundingan damai, Palestin tetap membangkit­kan isu Baitulmaqd­is.

“Dalam rundingan selepas ini Israel akan perlu membayar harga yang tinggi kerana mereka sudah mendapat sesuatu yang amat berharga (Baitulmaqd­is).

“Kini, Baitulmaqd­is dikeluarka­n dari rundingan, tiada apa untuk dirundingk­an, namun Palestin akan mendapat sesuatu yang bagus kerana giliran mereka

selepas ini,” katanya.

Penasihat Keselamata­n Trump, John Bolton, yang berada di Baitulmaqd­is kelmarin berkata, beliau berharap pemimpin Palestin akan mengenepik­an isu pemindahan kedutaan itu.

Menurutnya, pemimpin Palestin sepatutnya menerima hakikat tidak akan mendapat Baitulmaqd­is dan kini boleh mengharapk­an perkara lain yang boleh dipertimba­ngkan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat, menolak kenyataan Bolton itu dengan menegaskan Baitulmaqd­is Timur perlu menjadi ibu negara Palestin.

 ?? Reuters ?? PENDUDUK Palestin merakam gambar bersama keluargany­a selepas solat sunat Aidiladha di pekarangan Masjidil al-Aqsa di Baitulmaqd­is, Selasa lalu. -
Reuters PENDUDUK Palestin merakam gambar bersama keluargany­a selepas solat sunat Aidiladha di pekarangan Masjidil al-Aqsa di Baitulmaqd­is, Selasa lalu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia