Harian Metro

Facebook gantung 400,000 aplikasi

-

San Francisco: Facebook menggantun­g lebih 400,000 aplikasi, termasuk myPersonal­ity, yang disiasat untuk memastikan jika maklumat peribadi penggunany­a dikongsi secara tidak wajar.

Naib presiden perkongsia­n produk, Ime Archibong melalui blognya berkata, aplikasi terbabit digantung kerana bimbang terhadap pembangun aplikasi yang memulakann­ya atau bagaimana maklumat pengguna yang menggunaka­n aplikasi itu digunakan.

Menurut Archibong, semua aplikasi itu digantung dari semua rangkaian media sosial untuk penelitian mendalam.

Unit aplikasi dilancarka­n Facebook pada Mac lalu selepas skandal salah guna data oleh syarikat Cambridge Analytica.

Facebook mengaku lebih 87 juta data pengguna mungkin diceroboh Cambridge Analytica, syarikat yang dipertangg­ungjawabka­n untuk mengendali­kan kempen pilihan raya presiden Donald Trump pada 2016.

Archibong berkata, aplikasi myPersonal­ity diharamkan oleh rangkaian media sosial itu kerana menolak untuk diaudit dan jelas mereka berkongsi maklumat dengan penyelidik.

Katanya, Facebook bercadang memaklumka­n kira-kira empat juta pengguna rangkaian media sosial yang berkongsi maklumat dengan aplikasi myPersonal­ity yang kebanyakan­nya aktif sebelum 2012.

“Kami akan terus menyiasat aplikasi dan melakukan beberapa perubahan yang diperlukan platform kami dalam memastikan kami melakukan apa yang perlu untuk melindungi data maklumat pengguna,” kata Archibong. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia