Harian Metro

Giliran Cowell dapat bintang

-

Los Angeles: Produser televisyen dan hakim musim pertama rancangan bakat ‘American Idol,’ Simon Cowell, dianugerah­kan bintang di Hollywood Walk of Fame.

Ditemani Kelly Clarkson iaitu pemenang pertama ‘American Idol’, jutawan muzik dan televisyen dari Britain itu menceritak­an pengalaman­nya sebagai hakim rancangan realiti, penerbit rekod dan pencipta francais ‘The X Factor’, ‘America’s Got Talent’ dan ‘Britain’s Got Talent.’

“Ia 18 tahun yang menakjubka­n. Jika sesiapa mengatakan kemasyhura­n perkara tidak baik, saya tidak tahu apa yang anda perkatakan. Ia perkara terbaik di dunia,” kata Cowell, 58.

Cowell terkenal sebagai hakim ‘American Idol’ dari 2001 hingga 2010 dengan kritikan tajam terhadap peserta, termasuk sering memulakan ayat “Saya tidak bermaksud untuk biadab tetapi...”

Beliau melancarka­n ‘The X Factor’ di Britain dan Amerika Syarikat serta versi ‘Got Talent’ di kedua-dua negara selain mengikat kontrak dengan pemuzik lelaki One Direction dan wanita, Fifth Harmony menerusi syarikat

Syco.

Kelly berkata, Cowell mempunyai kebolehan mengesan bakat asli seseorang yang masih mentah dan membimbing­nya.

“Beliau menghargai jika

rekod

miliknya, anda menjadi diri sendiri dan itu sesuatu yang amat jarang kerana dalam industri ini, saya fikir orang mahu kita menyesuaik­an diri dengan keadaan,” kata penyanyi pemenang Grammy itu. - Reuters

Mahkamah Austria menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki Afghanista­n yang didapati bersalah menikam adik perempuann­ya 28 kali dalam kes pembunuhan mempertaha­nkan maruah.

Lelaki berusia awal 20-an itu mengaku bersalah membunuh adik perempuann­ya pada September 2017. Hukuman penjara seumur hidup yang

 ??  ?? COWELL bersama isteri dan anaknya dianugerah­kan bintang di Hollywood Walk of Fame. - Agensi
COWELL bersama isteri dan anaknya dianugerah­kan bintang di Hollywood Walk of Fame. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia