Harian Metro

Hamilton fokus bergelar juara

-

„ Kembali lebih bertenaga selepas cuti musim panas

Lewis Hamilton akan kembali lebih bertenaga dan bersedia untuk mengejar gelaran juara dunia yang kelima minggu ini apabila saingan Formula Satu kembali di Grand Prix Belgium selepas cuti musim panas.

Selepas tiga minggu tanpa sebarang aksi yang dibayangi spekulasi perpindaha­n dan persaraan, juara bertahan yang juga juara dunia empat kali serta pasukannya Mercedes berpeluang melebarkan kemenangan pada tiga perlumbaan akan datang bermula di litar Spa-Francorcha­mps yang terletak di kawasan hutan Ardennes.

Hamilton kini mendahului juara dunia empat kali dari Ferrari, Sebastian Vettel dengan 24 mata ketika saingan berbaki sembilan perlumbaan, memenangi dua daripada tiga perlumbaan di Belgium sebelum ini dan kini mencari kemenangan keempat keseluruha­n.

“Separuh musim kedua, selepas cuti musim panas, kebiasaann­ya ia lebih baik buat kami.

“Ia sentiasa menarik, sentiasa sengit terutama apabila ia membabitka­n perlumbaan yang panjang, kebiasaann­ya ia baik untuk kami,” kata Hamilton.

Hamilton menjangkak­an saingan sengit daripada Vettel apabila Ferrari kini sedang berusaha merampas kembali kejuaraan bermula dengan perlumbaan di Belgium hujung minggu ini dan kemudian di laman sendiri di Monza, Itali.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mengambil pendekatan memastikan pasukannya tidak terlalu yakin dan memberi amaran bahawa bulan terakhir mungkin lebih sukar seperti di awal musim.

“Saingan kompetitif sentiasa berlaku dari litar ke satu litar yang lain,” kata Wolff. “Apa yang jelas lawan kita berusaha keras dan sentiasa memberi cabaran sengit.

“Tiada pelumba pilihan di setiap litar dan tidak semestinya kereta terpantas akan menang.” - AFP membabitka­n pukulan paling jauh, paling hampir dengan pin atau cabaran lain yang biasa dilakukan dalam pertanding­an.

Pertembung­an membabitka­n dua pemain Amerika yang memenangi 19 kejuaraan utama di antara mereka mula diperkatak­an sejak beberapa bulan dulu.

Woods, 42, dan Mickelson, 48, menarik perhatian apabila mereka bermain bersama di Augusta National sebelum aksi Master AS tahun ini. Apabila mereka digandingk­an di The Players sebulan kemudian, Mickelson menyuaraka­n pandangan mengenai pertarunga­n itu. - Reuters

 ?? Lewis Hamilton ?? Ia sentiasa menarik, sentiasa sengit terutama apabila ia membabitka­n perlumbaan yang panjang, kebiasaann­ya ia baik untuk kami”
WOODS
Lewis Hamilton Ia sentiasa menarik, sentiasa sengit terutama apabila ia membabitka­n perlumbaan yang panjang, kebiasaann­ya ia baik untuk kami” WOODS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia