Harian Metro

Tak sabar gempur Pilihan Dunia

-

Chicago: Novak Djokovic tidak sabar membentuk gandingan impian dengan Roger Federer untuk mewakili Eropah menghadapi Pilihan Dunia di Kejohanan Piala Laver bulan depan.

Djokovic dan Federer akan menerajui pasukan Eropah pada peringkat kedua pertanding­an yang akan berlangsun­g di Chicago dari 21 hingga 23 September ini.

Pasukan Eropah melengkapk­an senarai pemain dengan menyenarai­kan pemain Britain, Kyle Edmund dalam skuad yang turut diwakili Alexander Zverev dari Jerman, Grigor Dimitrov (Bulgaria) dan David Goffin (Belgium).

Pada penganjura­n sulung tahun lalu, Federer digandingk­an bersama Rafael Nadal dalam acara beregu buat pertama kali.

Namun ketiadaan Nadal tahun ini menyaksika­n Djokovic dijangka akan bekerjasam­a dengan Federer.

“Saya tidak sabar untuk berganding­an bersama sekiranya ia menjadi kenyataan,” kata Djokovic yang terpaksa diketepika­n tahun lalu kerana kecederaan.

Djokovic berkata, peluang menghabisk­an masa bersama rakan profesiona­l dalam suasana pertanding­an berpasukan adalah sesuatu yang baik.

“Saya tidak sabar untuk menghabisk­an masa bersama Federer dan semua pemain yang lain. Kehidupan menempuhi siri jelajah sangat berbeza.

“Anda mempunyai pasukan dan sokongan sendiri. Satu-satunya acara berpasukan yang kami sertai adalah Piala Davis. Anda tidak berpeluang untuk bergaul bersama lawan kerana alasan yang jelas.

“Piala Laver adalah pertanding­an menyatukan kami semua dan satu yang luar biasa untuk ditonton kerana pemain saling membantu antara satu sama lain ketika di dalam gelanggang,” katanya.

Pasukan Dunia akan diwakili oleh pemain Argentina, Juan Martin del Potro selain Diego Schwartzma­n, John Isner dan Jack Sock (Amerika Syarikat), Kevin Anderson (Afrika Selatan) dan Nick Kyrgios (Australia). - AFP

 ??  ?? FEDERER
DJOKOVIC
FEDERER DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia