Harian Metro

JDT perlu lebih agresif

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Perebutan slot ke suku akhir Piala Malaysia dalam saingan Kumpulan C semakin menarik apabila MIFA, Kelantan, Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) masing-masing memiliki peluang sama rata untuk mara ke pusingan kalah mati itu.

Justeru, JDT yang kini menghuni tangga terbawah kumpulan harus bangkit dan menebus kekalahan 0-1 kepada Kelantan pada aksi 17 Ogos lalu, apabila sekali lagi bertembung dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok.

Walaupun pada awalnya tidak dilabel sebagai kumpulan ‘maut’, namun selepas kesemua pasukan menamatkan saingan pusingan pertama jelas keempat-empat pasukan berdepan tugas getir untuk menempatka­n diri ke saingan suku akhir.

Bagi JDT yang dibimbing Luciano Figueroa dan Benjamin Mora, dua kekalahan yang dialami amat perit untuk ditelan dan mereka harus merencana strategi lebih ampuh bagi memburu kemenangan apabila berdepan skuad kendalian Yusri Che Lah.

Persoalann­ya, apakah JDT akan turun dengan formasi 4-3-3 atau mengubah formasi apabila berdepan skuad The Red Warriors (TRW) yang dijangka mengamalka­n corak permainan ‘berkampung’ di kawasan sendiri dan kemungkina­n mempraktik­kan formasi 5-4-1 kerana tidak dapat menurunkan pemain import, Cristanio Santos yang digantung satu perlawanan.

Apapun, skuad Harimau Selatan harus tampil lebih agresif bagi memburu kemenangan seandainya ingin menghidupk­an peluang layak ke suku akhir sekali gus mempertaha­nkan kejuaraan dimenangi musim lalu.

Justeru, kelibat penyerang import JDT, Fernando Marquez harus lebih agresif dan bijak mengambil kesempatan untuk menjaringk­an gol selepas persembaha­nnya tampak kurang tajam.

Pastinya, kepakaran Figueroa dan Mora ditagih bagi membentuk kesebelasa­n mantap dengan fokus pada barisan serangan diterajui Marquez bersama Gonzalo Cabrera dan Hazwan Bakri untuk menggempur benteng pertahanan TRW.

Barisan tengah mungkin diteraju Nazmi Faiz Mansor, Natxo Insa dan Hariss Harun namun mereka perlu lebih kreatif menyerang memandangk­an pergerakan ketiga-tiga pemain itu bakal dihalang barisan tengah TRW.

Pertahanan JDT dilihat akan mengekalka­n gandingan Marcos Antonio, Fadhli Shas, Corbin Ong akan bergerak di posisi bek kiri manakala S Kunanlan menguatkan posisi bek kanan kerana kedua-dua pemain itu mampu membantu di sebelah sayap kiri dan kanan. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur perlu mencari kelemahan Perak dan mengeksplo­itasikan kekurangan itu jika berhajat menewaskan pasukan berkenaan pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia, di Stadium Negeri, Batu Kawan, esok.

Penyerang The Hawks, Zaquan Adha Abd Radzak berkata The Bos Gaurus tidak kebal dan boleh ditumbangk­an jika mereka dapat mengenal pasti titik negatif pasukan bimbingan Mehmet Durakovic itu.

“Kami tahu kekuatan Perak dan bersiap sedia bersedia untuk sekali lagi berdepan ancaman mereka. Ia memang perlawanan yang sukar.

“Namun, saya yakin setiap pasukan ada kelemahan, tidak terkecuali Perak. Inilah yang perlu kami cari dan kenal pasti jika mahu menewaskan mereka.

“Kami perlu meneliti video perlawanan Perak musim ini untuk mencari kelemahan itu serta menyusun strategi untuk memerangka­p mereka kerana tidak

„ JDT wajib menang, cerah peluang ke suku akhir

 ??  ?? SANTOS (kanan) dihalang pemain JDT Nazmi Faiz dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV).
SANTOS (kanan) dihalang pemain JDT Nazmi Faiz dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia