Harian Metro

Pertembung­an dua veteran

-

Pertembung­an antara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura pada Piala Sultan Selangor sudah tentu menjanjika­n aksi menarik kepada penyokong setia kedua-dua pasukan.

Meskipun perlawanan itu diadakan pada setiap tahun, ‘aura’ bintang yang pernah menggegar kancah bola sepak tempatan berpuluh tahun lalu masih mekar dan sentiasa dinantikan penyokong saban tahun.

Siapa yang tidak dapat melupakan kekebalan Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun mengemudi benteng pertahanan, kepantasan Zainal Nordin dan Khan Hung Meng dan penyudah berbisa Zainal Abidin Hassan serta Dollah Salleh?

Justeru, pemain Veteran Selangor, P Maniam mengakui rakan semua bekas pemain The Red Giants tidak sabar menantikan aksi berprestij

terbabit sekali gus menyaksika­n mereka membuat persiapan lebih baik tahun ini.

“Kami mengharung­i lapan aksi persahabat­an setakat ini serta berjaya meraih kemenangan besar sehingga tujuh dan lapan gol. Jadi ini memberi motivasi terbaik kepada kami untuk aksi Piala Sultan Selangor,” kata Maniam.

“Walaupun semua sudah berusia namun kami akan memberikan aksi yang terbaik kepada penyokong yang hadir. Usia hanyalah nombor kerana semangat kami tetap masih muda.

“Sudah tentu perlawanan ini membangkit­kan kembali nostalgia dua pasukan yang memiliki sejarah dalam bola sepak di negara ini. Selepas sekadar berkongsi gelaran tahun lalu, kini kami mahukan kejuaraan mutlak.”

Piala Sultan Selangor edisi ke-17 bakal berlangsun­g di Stadium Shah Alam, esok dengan pertembung­an Pilihan Selangor menentang Pilihan

Singapura selain meneruskan pertanding­an Piala Pilihan dan Veteran serta Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang diperkenal julung kalinya pada edisi lalu.

Pada edisi ke-16 yang berlangsun­g di Stadium Nasional Singapura, Pilihan Singapura berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Selangor 3-2 menerusi jaringan Khairul Nizam, Shakir Hamzah dan Faris Ramli sementara gol Pilihan Selangor disumbangk­an Safee Sali dan Gonzalo Soto.

Bagi kategori veteran, skuad Veteran Selangor dan Veteran Singapura dinobatkan sebagai juara bersama selepas terikat tanpa jaringan manakala bagi kategori Piala Cabaran Sekolah-Sekolah, Sekolah Sukan Singapura muncul juara selepas menewaskan Gabungan Sekolah Selangor 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia