Harian Metro

Penanda aras 16 terbaik

„ Susulan kejayaan skuad B-23 di China

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini meletakkan pusingan 16 terbaik sebagai penanda aras buat semua pasukan bawah umur kebangsaan pada kejohanan anjuran Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ia susulan kejayaan skuad bawah 23 (B-23) tahun yang berjaya mara ke pusingan 16 terbaik pada Kejuaraan AFC yang berlangsun­g di China, Januari lalu

“Awal tahun lalu, skuad B-23 mara sehingga ke pusingan 16 terbaik dan bukan sahaja mereka tetapi pasukan lain seperti Bawah 19 tahun (B-19) dan Bawah 16 tahun (B-16) turut layak ke pusingan akhir AFC.

“Jadi selepas melihat persembaha­n semua pemain dan prestasi jurulatih yang mengendali­kan tiga pasukan itu, saya rasa kita

perlu mengekalka­n penanda aras kita di pusingan 16 terbaik.

“Selepas ini, sekurang-kurangnya semua pasukan perlu mara sehingga ke pusingan 16 terbaik pada kejohanan peringkat Asia,” katanya.

Skuad B-23 yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee mencipta kejutan di bumi China apabila muncul naib juara Kumpulan C dan mara ke peringkat 16 terbaik namun terpaksa akur apabila tewas tipis 1-2

di tangan gergasi Asia,

Korea Selatan.

Namun, skuad negara menebus kekecewaan itu apabila menewaskan lawan sama 2-1 pada aksi kedua Kumpulan E Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, minggu lalu.

Skuad B-19 yang dikendalik­an Bojan Hodak mengesahka­n tempat ke Kejuaraan AFC 2018 di Indonesia, Oktober ini selepas menjadi naib juara Kumpulan F di belakang Korea Selatan.

Empat pasukan yang mara ke separuh akhir kejuaraan itu akan mendapat tiket ke Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2019 yang akan berlangsun­g di Poland sebagai wakil AFC.

Skuad B-16 bimbingan Lim Teong Kim pula akan beraksi pada Kejuaraan AFC 2018 yang akan berlangsun­g di Kuala Lumpur bulan depan.

Empat pasukan terbaik pada pertanding­an itu akan mendapat tiket ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2019 yang akan diadakan di Peru sebagai wakil AFC.

 ?? Hamidin ?? Selepas melihat persembaha­n semua pemain dan prestasi jurulatih yang mengendali­kan tiga pasukan itu, saya rasa kita perlu mengekalka­n penanda aras kita di pusingan 16 terbaik”
Hamidin Selepas melihat persembaha­n semua pemain dan prestasi jurulatih yang mengendali­kan tiga pasukan itu, saya rasa kita perlu mengekalka­n penanda aras kita di pusingan 16 terbaik”
 ??  ?? >>Turut layak ke pusingan akhir AFC
>>Turut layak ke pusingan akhir AFC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia