Harian Metro

Bukan mudah dapat tajaan: Azim

-

Kejayaan sukan ekuestrian menyumbang pingat sekali lagi pada Sukan Asia tidak membolehka­n sukan itu dengan mudah mendapat peruntukan daripada kerajaan.

Ia berikutan kos yang terlalu tinggi bagi menyertai sukan berkenaan yang dianggap sukan khusus bagi golongan tertentu.

Pendapat berkenaan disuarakan ketua kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang menjelaska­n faktor keberkesan­an kos sentiasa menjadi penentu sama ada bantuan boleh diberikan terhadap sukan tertentu.

“Tapi masalah dalam sukan ini, harga kudanya begitu tinggi, orang berduit saja yang boleh menyertain­ya.

“Cuma kadang-kadang kerajaan kena lihat, perkara lain walaupun ia banyak menyumbang pingat pada negara.

“Sukan ini lebih kepada golongan elit,” katanya ketika ditemui selepas menyaksika­n ekuin negara Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil meraih perak dalam acara dressage.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kos dikeluarka­n Qabil akan diganti semula selepas dia memenangi pingat perak semalam, Azim menjelaska­n ia akan dikira semula selepas ini.

“Kita akan bayar kos tetapi bukan kos beli kuda, kita akan lihat bagaimana untuk bayar semula.

“Mungkin pengangkut­an dari Kuala Lumpur ke Jakarta, penginapan dan sebagainya,” katanya.

Difahamkan Qabil menghabisk­an kira-kira RM1 juta bagi kegunaan kudanya bagi menyertai pertanding­an di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia