Harian Metro

Ghalib teruja beraksi bersama jaguh dunia

-

Palembang: Atlet muda negara yang beraksi dalam sukan memanjat dinding atau lebih dikenali dengan wall climbing, Ghalib Mohamad Azimi memperoleh pengalaman berharga pada penyertaan sulung dalam kategori Pecut Lelaki, pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. Walaupun gagal melayakkan diri ke peringkat akhir dengan hanya menduduki

(tiga meter papan anjal individu dan seirama) memang sangat penting buatnya namun fokus lebih terarah kepada seirama kerana sudah lama tidak berganding­an bersama Nur Dhabitah Sabri.

“Kami mengharapk­an yang terbaik sebab saya baru saja pulang bersama pasukan (selepas digantung) dan bukan mudah untuk mencari persefaham­an. Bagaimanap­un, saya tidak mudah mengalah.

“Saya akan cuba berfikiran positif dan mengharapk­an sokongan daripada semua pihak,” katanya yang turut meraih perak dalam acara tiga meter papan anjal seirama di Guangzhou ketika berganding­an bersama Leong Mun Yee.

Jika berjaya meraih perak lagi di Jakarta Yan Yen bakal mencipta hatrik tatkala dia menyedari bahawa China berada di kelas tersendiri di Sukan Asia.

“Tiga negara lain yang mungkin menghalang hasrat saya untuk mencipta hatrik pingat perak di Sukan Asia ialah penerjun dari Korea Utara, Jepun dan Korea Selatan,” katanya.

Acara terjun yang diadakan di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno akan membuka tirai Selasa depan bakal menawarkan 10 emas. tempat ke-22 daripada 27 peserta dengan catatan masa 8.94 saat, pengalaman beraksi bersama pemegang rekod dunia sukan itu ternyata memberi seribu makna buat anak muda berasal dari Muar, Johor itu.

“Memang perasaan gementar, teruja dan takut itu ada tetapi saya ketepikan semua itu untuk memberikan yang terbaik untuk negara.

“Pengalaman yang saya dapat pada penyertaan sulung ini adalah antaranya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada diri sendiri dan jangan hiraukan pesaing kita yang berada di trek bersebelah­an,” katanya selepas menamatkan perlumbaan.

Atlet Iran, Reza Alipour Shenazandi­fard memegang rekod terpantas acara berkenaan dengan hanya 5.48 saat untuk sampai ke puncak dinding setinggi 15 meter itu.

Untuk rekod, tiada wakil Malaysia layak ke final acara berkenaan manakala seorang lagi wakil negara Muhammad Taqiuddin Mohd Zulkifli berada di tempat ke-17 dengan catatan masa 7.74 saat.

Menurut Ghalib, 19, catatan masanya akan lebih baik sekiranya beliau tidak melakukan kesilapan dengan sedikit tergelinci­r ketika memecut untuk memanjat.

“Tadi ketika pusingan percubaan saya rasa masa saya lebih baik berbanding pada pusingan kelayakan di mana saya melakukan sedikit kesilapan,” katanya.

Malaysia menghantar seramai tujuh atlet masing-masing tiga lelaki dan empat wanita yang akan bersaing dalam sukan yang menawarkan sebanyak lapan pingat emas itu. - BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? YAN Yee (dua dari kanan) harap tuah memihak kepadanya kali ini.
YAN Yee (dua dari kanan) harap tuah memihak kepadanya kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia