Harian Metro

Pilih jalan selamat

-

„ Van Huizen gesa pemain raih kemenangan ke atas Bangladesh

Perlawanan sebenar seakan-akan baru bermula buat skuad hoki lelaki negara pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 apabila menentang Bangladesh, hari ini.

Selepas menjaringk­an 26 gol dan bolos dua kali, Bangladesh akan menjadi lawan paling kuat buat anak buah Stephen Van Huizen yang sebelum ini jelas tidak diberikan cabaran pada saingan Kumpulan B.

Malah, dengan masing-masing sudah mengumpul enam mata daripada dua perlawanan, saingan hari ini memberikan peluang besar memungut mata penuh bagi melangkah ke peringkat separuh akhir.

“Perlawanan sebenar akan bermula selepas ini, kita masing-masing sudah memungut enam mata.

“Tetapi mereka lebih ‘underdog’ dan memang sentiasa mahu mencipta kejutan terhadap pasukan lebih kuat,” kata Van Huizen.

Justeru, kata jurulatih itu, apa yang penting ialah mendapatka­n keputusan baik, bermain dengan bagus serta tidak membuat kesilapan mudah.

Katanya, skuad negara sudah melihat cara permainan Bangladesh dan pasukan itu bukan lawan yang asing.

“Mereka sudah pernah bermain pada tahap ini, mereka ada gabungan pemain lama dan baharu.

“Kita perlu bersedia kerana adakalanya kita hilang perhatian namun kita sudah belajar selepas setiap satu perlawanan dan segera memperbaik­inya,” katanya.

Sementara itu, penyerang negara, Fitrie Saari berazam untuk kembali mendapatka­n jaringan pada perlawanan selepas ini.

Fitrie menemui jaringan pertamanya semalam selepas kali terakhir melakukann­ya pada jelajah Australia.

“Selepas dua perlawanan, saya belum menemui sentuhan mungkin sebab cuaca atau padang.

“Saya dan seluruh pasukan perlu cepat menyesuaik­an diri dan menang ke atas Bangladesh untuk mendapat laluan selamat sebelum menentang Oman dan Pakistan,” katanya.

Malaysia akan menentang Bangladesh buat kali pertama jam 12 tengah hari waktu tempatan hari ini.

 ??  ?? VAN Huizen (kanan) memberi arahan kepada anak buah pada sesi latihan.
VAN Huizen (kanan) memberi arahan kepada anak buah pada sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia