Harian Metro

‘Rosenstolz tertekan’

-

Jakarta: Tekanan dihadapi kudanya sejurus memasuki arena menyebabka­n ekuin negara, Mohd Qabil Ambak

Mahamad Fathil hilang mata berharga ketika dia meraih perak dalam saingan dressage individu di Pusat Ekuestrian Antarabang­sa Jakarta, di sini, semalam.

Qabil mengunggul­i dua pusingan awal bersama kudanya, Rosenstolz sebelum ini tetapi diatasi pada final oleh ekuin Hong Kong, Jacqueline Siu yang memungut 77.045 mata ketika Qabil meraih 76.620 mata.

Tempat ketiga menjadi milik Kim Hyeok dari Korea Selatan yang mengumpul 75.705 mata.

Qabil yang sedikit sedih kerana hanya dipisahkan dengan 0.4 mata berbanding juara, menjelaska­n kudanya, Rosenstolz mungkin tertekan ketika memasuki arena.

“Gerakan itu rutin dengan lagu dan terpulang kepada pengadil kerana ia bersifat sangat subjektif,” kata Qabil.

Qabil yang membelanja­kan lebih RM1 juta bagi menyertai temasya kali ini selepas

(gambar)

lapan tahun tidak beraksi, berkata berbaloi meraih perak kerana dia tidak meletakkan sebarang sasaran awal.

Menurutnya, bukan sesuatu yang mudah untuk beraksi di sini kerana latihan pendek dilaluinya namun dia mendapat sokongan penuh ibu bapanya.

Qabil berkata, dia menunggang kuda adiknya, Quzandria selepas Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu berikutan adiknya bersalin dan menjalani latihan sejak itu.

Menurutnya, walaupun kesuntukan masa, dia akan terus mencuba bagi mendapatka­n keserasian bersama kuda.

“Kalau masih mampu, saya akan terus bertanding, puas hati juga walaupun tidak dapat emas cuma sedih kerana beza markah sangat sedikit.

“Tapi semuanya kuasa tuhan dan saya menerimany­a,” katanya.

Qabil sudah mengumpul lima pingat di Sukan Asia sejak Doha 2006 iaitu dua gangsa dan tiga perak menerusi acara dressage individu dan berpasukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia