Harian Metro

Ada mahu Nur balas dendam

- DARI MUKA 1

Jelas Amyra, majoriti peminat mahu Nur dan Adam kembali bernikah dan hidup bahagia serta memiliki anak.

“Ada juga yang mencadangk­an diwujudkan watak wanita lain yang berjaya memenangi hati Adam atau cinta tiga segi. Ada yang beri maklum balas cadangan ini klise.

“Bagaimanap­un, pengarah Nur, Ezad menjelaska­n kepada saya memang ia klise namun itulah realiti kehidupan yang dilalui kebanyakan orang,” katanya.

Menurut Amyra yang mula mencipta nama menerusi drama Suami ku Encik Sotong, ada juga peminat mahu Nur berubah daripada lembut dan baik kepada lebih tegas serta garang. Pendek kata, mereka mahu Nur balas dendam.

“Ada macam-macam cadangan dan semuanya menarik. Saya tahu Ezad akan pilih idea terbaik untuk mengembang­kan watak Nur dalam Nur 2,” katanya.

Kata Amyra, dia tidak meletakkan sebarang harapan apabila Nur 2 diterbitka­n dan ditayangka­n nanti, apatah lagi sebelum ini ramai berkata jarang drama yang disambung atau diterbitka­n untuk musim kedua mendapat sambutan.

“Semua tenaga produksi sepakat mengambil pendekatan seperti ketika menghasilk­an

Nur dulu. Tidak pernah terlintas pun drama ini menjadi fenomena. Kami cuma menghasilk­an yang terbaik dan bekerja seikhlas hati.

“Andai dihasilkan dengan bersungguh-sungguh, inshaAllah ia pasti diterima,” katanya.

Sementara itu Syafiq menzahirka­n rasa syukur apabila Ezad terbuka berbincang mengenai hala tuju watak.

“Bagaimanap­un, ingin saya tegaskan kejayaan drama Nur tidak bergantung kepada Nur dan Uztaz Adam semata-mata kerana semua watak menjadi penggerak cerita.

“Apa yang penting untuk musim kedua ini, setiap watak perlu digali lebih dalam agar jalan ceritanya jadi lebih menarik,’ katanya yang mahu melihat watak Ustaz Adam lebih bertanggun­gjawab dalam Nur 2. -Rudy Imran Shamsudin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia