Harian Metro

SENTUHAN magis SELEBRITI

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Solekan minimalis namun kelihatan berseri ala Korea sememangny­a menjadi dambaan ramai wanita. Bagi penggemar K-Beauty, mereka pasti menonton tutorial atau tip mengenai teknik solekan Korea di laman YouTube.

Sebuah program realiti terbaru yang dibawakan khas stesen televisyen

JTBC mendapat sambutan luar biasa apabila memperkena­lkan salun berpangkal­an di Seoul, Korea Selatan bernama Mimi Shop.

Setiap episod, beberapa pelanggan akan datang ke salun berkenaan untuk menerima sentuhan magis solekan lima selebriti Korea Selatan iaitu Sandara Park, Tony Ahn, Cheetah, Shin So Yul dan Kim Jim Kyeong.

Setiap selebriti mempunyai peranan dan tugas tersendiri dalam mengubah gaya solekan serta dandanan terhadap pelanggan yang hadir di salun Mimi Shop.

Siapa yang tidak gembira apabila selebriti pujaan memberi layanan istimewa dan membantu mereka menjadi lebih cantik serta berkongsi tip kecantikan?

Tony An yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkata, dia teruja apabila ditawarkan terbabit dalam program realiti itu kerana dapat berkongsi tip kecantikan dengan pelanggan.

“Saya gembira terbabit dalam program ini kerana dapat berkongsi pengalaman dan tip kecantikan dengan pelanggan.

“Setiap pelanggan yang datang ke Mimi Shop datang daripada latar belakang berbeza. Jadi, kami membantu mereka untuk tampak lebih menarik.

Saya sangat menyukai konsep dan idea yang dibawakan kerana kami dapat mengenali lebih dekat pelanggan yang datang.

“Selain itu, kami juga dapat berkongsi tutorial solekan dengan penonton untuk dipraktikk­an di rumah. Saya percaya ramai akan menyukai program ini terutama wanita,” katanya.

Menurut penyanyi dan pelakon popular Sandara Park, antara cabaran utama yang dihadapiny­a adalah memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan Mimi Shop.

“Sebagai pengurus servis Mimi Shop, saya perlu pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmat­an kami.

“Jadi, saya dan rakan yang lain akan berbincang untuk memastikan setiap solekan mencapai piawaian idaman pelanggan. Saya sangat beruntung kerana setiap selebriti yang mengambil bahagian dalam program ini ada gaya tersendiri dan mahir dalam solekan,” katanya.

Ditanya adakah dia tertekan apabila perlu mengenakan solekan sepanjang masa, Sandara berkata dia kini lebih sukakan solekan minimalis apabila keluar dari rumah.

“Jika pada awal pembabitan dalam industri dulu hampir setiap hari saya bersolek. Namun, lama-kelamaan saya lebih sukakan wajah yang polos atau mengenakan solekan yang minimalis.

“Bagi saya, kecantikan seseorang itu bukan diukur berdasarka­n solekan yang dipakai. Saya hanya akan mengenakan solekan apabila menghadiri acara penting saja,” katanya.

Bagi penyanyi rap Cheetah pula, dia dikenali dengan gaya solekan Cheetah dan sangat disukai peminatnya. Sebagai jurusolek dalam program itu dia tiada masalah untuk

 ??  ?? PELBAGAI tip kecantikan akan dikongsi artis popular dalam rancangan itu.
PELBAGAI tip kecantikan akan dikongsi artis popular dalam rancangan itu.
 ??  ?? PROGRAM ini membariska­n lima selebriti (dari kiri) Jim Kyeong, Sandara Park, Tony Ahn, Cheetah dan Shin So Yul.
PROGRAM ini membariska­n lima selebriti (dari kiri) Jim Kyeong, Sandara Park, Tony Ahn, Cheetah dan Shin So Yul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia