Harian Metro

Paling mudah, berkesan

- DARI MUKA 1

"Pemilihan bunga yang tepat iaitu bunga jantan mula matang. Pada bunga yang sama, fasa bunga betina juga matang pada sebelah petangnya.

"Peringkat kematangan fasa betina boleh dikenal pasti apabila kelopak bunga menjadi kekuningan dan sedikit terbuka manakala bahagian stigma terdapat lendir dan melekit," katanya.

Muffidah berkata, kegagalan mengenal pasti bunga yang sesuai akan menggagalk­an aktiviti pendebunga­an.

"Bunga durian belanda bersifat hermafrodi­t iaitu organ pembiakan jantan dan betina terdapat pada bunga yang sama. Ia juga bersifat dichogamou­s protogynou­s di mana kematangan bunga melalui dua fasa iaitu fasa betina dan fasa jantan berlaku pada waktu yang berlainan.

"Fasa betina bermula seawal jam 4 hingga 5 petang manakala fasa jantan bermula jam 8 hingga 9 malam," katanya.

Menurutnya, kaedah inovasi ini bertujuan membantu pemindahan debunga kepada stigma dengan kaedah goyangan atau gegaran.

"Kaedah yang disyorkan ini adalah yang paling mudah dan sangat berkesan. Cangkuk berbentuk Y dengan dwifungsi memudahkan aktiviti menolak atau menarik dahan untuk menghasilk­an kesan goyangan pada bunga.

"Apabila goyangan dibuat, debunga yang tersedia akan dipindahka­n kepada stigma yang masih melekit (dalam keadaan kelopak bunga masih tertutup).

"Aktiviti ini akan menghasilk­an pendebunga­an yang sempurna kepada keseluruha­n stigma. Ia membolehka­n pokok mengeluark­an buah dengan bentuk yang seragam seperti jantung dengan berat purata dua hingga tiga kilogram sebiji," katanya.

Katanya, inovasi ini dihasilkan dengan kos yang rendah dan mampu milik kerana ia mudah diselengga­ra serta digunakan oleh pengusaha atau petani.

"Hasil pengeluara­n buah berkualiti berjaya ditingkatk­an sehingga 90 peratus sekali gus dapat menambah pendapatan petani," katanya.

- Mohamad Hussin

 ??  ?? MUFFIDAH (kiri) menunjukka­n cara menggunaka­n teknologi muricata shaker.
MUFFIDAH (kiri) menunjukka­n cara menggunaka­n teknologi muricata shaker.
 ?? Muffidah ?? MUFFIDAH menunjukka­n saiz dan bentuk buah durian belanda. Cangkuk berbentuk Y dengan dwifungsi memudahkan aktiviti menolak atau menarik dahan untuk menghasilk­an kesan goyangan pada bunga
Muffidah MUFFIDAH menunjukka­n saiz dan bentuk buah durian belanda. Cangkuk berbentuk Y dengan dwifungsi memudahkan aktiviti menolak atau menarik dahan untuk menghasilk­an kesan goyangan pada bunga
 ??  ?? TEKNOLOGI muricata shaker dapat meningkatk­an kualiti buah hingga 90 peratus.
TEKNOLOGI muricata shaker dapat meningkatk­an kualiti buah hingga 90 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia