Harian Metro

Anggur Jontih menjadi

- Johary Indan rencana@hmetro.com.my

Tanggapan pokok anggur tidak mampu hidup di Sabah kerana faktor iklim panas tidak benar apabila kira-kira 3,000 pengusaha membuktika­n tanaman berasal dari negara beriklim sederhanai­tu berupaya mengeluark­an hasil dan hidup subur di Negeri di Bawah Bayu.

Malah, ada hasil anggur keluaran tempatan itu dikatakan memiliki kualiti tinggi terutama dari segi saiz dan rasa yang setanding buah diimport, sekali gus menunjukka­n tanaman itu mempunyai kesesuaian diusahakan secara komersial di Borneo, khususnya Sabah.

Ini membuka peluang kepada pengusaha tempatan, terutama mereka yang menceburi bidang pertanian untuk mencuba tanaman anggur sebagai bidang baru yang mempunyai masa depan serta menjanjika­n keuntungan.

Tanaman anggur di

Sabah masih dianggap baru walaupun jumlah pengusaha yang terbabit semakin ramai, memandangk­an ia memerlukan kemahiran dan model kewangan tinggi.

Presiden Persatuan Figs dan Anggur Sabah Jontih Enggihon berkata, anggur boleh hidup di mana sahaja tanpa mengira tempat dalam pelbagai keadaan cuaca sama ada panas atau sejuk.

“Ini menunjukka­n anggur boleh ditanam di Sabah walaupun negeri ini beriklim panas dan musim hujan tidak menentu sepanjang tahun, mungkin menyebabka­n ramai menganggap tanaman itu sukar hidup dan berbuah dengan baik.

“Sebenarnya, musuh utama anggur ialah hujan. Oleh itu, individu yang ingin mengusahak­an tanaman anggur perlu membina rumah hijau untuk melindungi anak benih daripada hujan berlebihan,” katanya yang ditemui, barubaru ini.

Jontih yang juga pemilik Nursery JonGrapevi­nes & Figs Garden di Kampung Bantayan, Tamparuli di Tuaran, mula mengusahak­an tanaman anggur sejak setahun lalu dan kini tanamannya sudah mula mengeluark­an hasil.

“Saya mula menanam anggur secara sambilan ketika berkhidmat dengan Jabatan Mineral dan Geosains di Ipoh, Perak pada 2010 hingga 2013, sebelum meneruskan minat itu di ruang kosong halaman rumah di Tamparuli, selepas kembali bertugas dengan jabatan sama di Kota Kinabalu pada 2014.

“Pada permulaann­ya, saya hanya menanam 10 pokok anggur dan 80 pokok tin di Tamparuli,” katanya.

Memandangk­an minat mendalam pada tanaman anggur, beliau menubuhkan Nursery JonGrapevi­nes

& Figs Garden, Kampung Bantayan dengan menanam 60 jenis anggur dalam rumah hijau.

“Kaedah rumah hijau perlu digunakan dalam penanaman anggur untuk melindungi benih pokok daripada cahaya matahari dan hujan berlebihan,” katanya.

Jontih mempunyai 75 jenis anggur yang benihnya diperoleh dari Amerika Syarikat, Sepanyol, United Kingdom, Russia, China dan Jepun.

Beliau berkata, lazimnya, anggur yang ditanam di negara ini hanya akan matang selepas tiga tahun diusahakan dengan syarat tanaman itu mendapat air secukupnya dan ditanam dalam rumah hijau yang boleh tembus cahaya matahari.

“Selain anggur, saya juga mempunyai 210 jenis pokok buah tin yang benihnya diimport dari beberapa negara luar,” katanya.

Katanya, nurseri itu dibuka dibuka secara percuma kepada orang ramai untuk dilawati, sambil mendapatka­n benih anggur dan buah tin pada kadar harga berpatutan dari Selasa hingga Ahad.

Beliau berkata, kegiatan tambahan nurseri itu ialah mengendali­kan kursus kepada mereka yang berminat dengan tanaman anggur dan buah tin hampir setiap bulan.

“Menerusi kursus yang sudah melahirkan lebih 200 peserta itu, mereka diajar mengenal pasti jenis tanah, sifat fizikal tanah, teknik pembajaan dengan betul dan pemilihan benih tanaman,” katanya.

Sehubungan itu, Jontih berkata, selepas memperoleh kemahiran, peserta boleh memanfaatk­an tanah kosong mereka dengan tanaman anggur atau buah tin, sekali gus dapat menjana pendapatan lumayan selepas beberapa tahun diusahakan.

Mula usahakan tanaman anggur sejak setahun lalu

kini mula mengeluark­an

hasil Sebenarnya, musuh utama anggur ialah hujan. Oleh itu, individu yang ingin mengusahak­an tanaman anggur perlu membina rumah hijau untuk melindungi anak benih daripada hujan berlebihan

 ??  ?? JONTIH menunjukka­n anggur hijau.
JONTIH menunjukka­n anggur hijau.
 ??  ?? TANAMAN pokok buah tin yang subur.
TANAMAN pokok buah tin yang subur.
 ??  ?? BUAH anggur enak dimakan segar.
BUAH anggur enak dimakan segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia