Harian Metro

Kesedaran perlu ditingkatk­an

-

Segera bawa jumpa doktor apabila ada tanda

membimbang­kan

“Walaupun perkara ini sering dibincangk­an sejak puluhan tahun lalu, kesedaran dan pengetahua­n khususnya dalam kalangan ibu bapa perlu dipertingk­atkan saban hari.

“Paru-paru kanakkanak di bawah usia dua tahun masih lemah dan disebabkan itu mereka golongan paling mudah dijangkiti virus ini,” katanya.

Dr Mohd Hanafi yang juga pemilik Klinik

Hanafi berkata, lebih membimbang­kan apabila selesema atau batuk menyebabka­n kanak-kanak atau bayi kelihatan lemah, bernafas dengan laju atau tidak mahu menyusu dan makan.

“Disebabkan jangkitan virus ini sering kali terjadi dikhuatiri ada di antara ibu bapa yang mengambil mudah dan tidak memberi rawatan sepatutnya.

“Pantau keadaan semasa anak, sekiranya mereka menunjukka­n tanda membimbang­kan segeralah bawa ke klinik atau hospital berhampira­n untuk mengelak risiko tidak diingini,” katanya.

KESEDARAN BERSAMA

Menurut Dr Mohd

Hanafi, selain mendapat jangkitan daripada individu lain yang lebih dulu dijangkiti virus berkenaan, selesema dan batuk juga terjadi disebabkan faktor sekeliling.

“Paling penting adalah faktor kebersihan terutama di kawasan rumah dan bilik tidur. Penapis alat pendingin hawa atau kipas perlulah dicuci selalu kerana ia juga antara penyumbang utama berlakunya selesema atau batuk.

“Selain itu, ahli keluarga yang merokok perlu memainkan peranan dengan tidak merokok dalam jarak yang dekat dengan kanak-kanak atau bayi. Sebaiknya merokok di luar rumah atau lebih baik, henti terus demi kesihatan ahli keluarga dan diri sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, bagi ibu bapa yang menghantar anak ke taska, tadika atau pusat pengasuhan kanakkanak dinasihati supaya tidak menghantar anak yang sedang selesema atau batuk bagi mengelak virus daripada merebak dan menjangkit­i kanak-kanak lain.

“Oleh kerana ia masalah biasa, ramai ibu bapa memandang ringan perkara ini. Kesedaran semua pihak amat diperlukan dalam menangani penyebaran virus ini kerana ia boleh menjejaska­n banyak pihak termasuk prestasi kerja ibu bapa. Selain itu, pengambila­n vaksin wajib juga vaksin tambahan juga memainkan peranan dalam aspek kesihatan anakanak,” katanya.

Dr Mohd Hanafi berkata, mungkin ramai yang tidak tahu faktor genetik juga menjadi penyebab utama mengapa ada segelintir kanak-kanak amat mudah dijangkiti batuk atau selesema.

“Ibu bapa yang mempunyai resdung, asma dan ekzema berisiko melahirkan anak yang mudah dijangkiti batuk dan selesema namun ia tidak terjadi pada semua.

“Walaupun jangkitan virus ini amat mudah ibu bapa atau penjaga tidak perlu terlalu bimbang asalkan mendapat rawatan sewajarnya,” ujarnya.

PERHATIKAN TANDA

Dr Mohd Hanafi berkata, perhatikan keadaan anak yang mula menunjukka­n tanda dijangkiti virus terutama apabila ia berlarutan selama tiga hari.

Antara tanda yang perlu diperhatik­an adalah:

Berlarutan lebih daripada dua atau tiga hari

Tidak aktif atau sukar bernafas

Batuk dan selesema yang berserta demam

Kahak atau hingus yang bertukar kepada warna hijau atau kuning

Virus terjadi selepas berjangkit daripada individu lain

Bernafas dengan laju (kurang oksigen) atau kelihatan tercungapc­ungap

Tidak mahu menyusu atau makan

RAWATAN

Menurut Dr Mohd Hanafi, keadaan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak atau bayi tidak tahu untuk membuang hingus atau kahak yang terkumpul.

“Ia menyebabka­n mereka tidak boleh tidur akibat sukar bernafas.

Lebih membimbang­kan apabila mereka menangis berterusan.

“Selain ubat-ubatan yang sesuai dengan usia, saya juga menyaranka­n supaya rawatan sedut kahak dilakukan bagi membantu proses penyembuha­n lebih cepat,” katanya.

Dr Mohd Hanafi berkata, selain rawatan itu, ibu bapa juga disarankan untuk melakukan teknik mengewap pada bahagian dada.

“Boleh panaskan periuk nasi yang berisi air dan limau atau bawang putih, selepas air mendidih, sejukkan seketika sebelum wap itu dihidu anak-anak yang selesema atau batuk dalam posisi tunduk.

“Selesai teknik mengewap, boleh tepuk perlahanbe­rlaku,

 ??  ?? BAYI dan kanak-kanak bawah usia dua tahun paling kerap dijangkiti selesema dan batuk. Disebabkan jangkitan virus ini sering kali terjadi dikhuatiri ada di antara ibu bapa yang mengambil mudah dan tidak memberi rawatan sepatutnya
BAYI dan kanak-kanak bawah usia dua tahun paling kerap dijangkiti selesema dan batuk. Disebabkan jangkitan virus ini sering kali terjadi dikhuatiri ada di antara ibu bapa yang mengambil mudah dan tidak memberi rawatan sepatutnya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia