Harian Metro

Keperluan wajib bukan pilihan

-

Bagi suri rumah pula kerusi keselamata­n bayi dan kanak-kanak agak mahal harganya. Mereka berpendapa­t untuk apa membazir kerana suami sentiasa menemani isteri keluar sekiranya ada perkara penting yang memerlukan bayi dibawa bersama.

Tidak kurang pula memberikan alasan ruang kereta menjadi sempit sekiranya kerusi keselamata­n ini diletakkan sepanjang masa terutama bagi yang memiliki jenis kereta kompak.

Lebih malang apabila ada ibu bapa memilih tempat duduk atau tilam khas yang dijual menerusi dalam talian kerana menganggap anak mereka mampu tidur lena dan duduk lebih selesa sepanjang perjalanan.

Bagi ibu bapa yang mementingk­an keselamata­n anak, tempat duduk bayi adalah keperluan wajib dan bukannya pilihan. Jangan nanti akibat keengganan ibu bapa dan ceteknya pemikiran menyebabka­n ada ibu bapa menangis kemudian hari kerana kehilangan anak tersayang.

WAJIBKAN KERUSI KESELAMATA­N

Kebanyakan negara di Eropah mewajibkan ibu bapa meletakkan anak mereka di kerusi keselamata­n bayi dan kanak-kanak atau berdepan tindakan undangunda­ng. Jerman misalnya, menguatkua­sakan undangunda­ng apabila mewajibkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan dengan ketinggian kurang 1.5 meter diletakkan di kerusi keselamata­n.

Kanak-kanak juga dilarang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tanpa menggunaka­n kerusi khas yang termaktub dalam undang-undang di negara itu.

Begitu juga di Perancis, kanak-kanak di bawah usia 10 tahun tidak dibenarkan duduk di bahagian hadapan ketika kenderaan bergerak, manakala bayi berusia bawah sembilan bulan dengan berat kurang sembilan kilogram perlu diletakkan di kerusi khas bayi di tempat duduk belakang dan menghadap ke belakang.

Malah ada hospital di negara luar yang akan memastikan kenderaan ibu bapa mempunyai kerusi keselamata­n sebelum membawa bayi mereka pulang ke rumah. Jika tidak, bayi tidak dibenarkan keluar hospital.

Begitu juga dengan

Korea Selatan yang mengenakan syarat ketat ke atas kenderaan keluarga mempunyai anak kecil. Semuanya dilakukan demi menjaga keselamata­n si kecil. Ia juga secara tidak langsung menunjukka­n hak keselamata­n anak diberi keutamaan.

Di Malaysia peraturan sebegini belum dilaksanak­an namun amat penting setiap ibu bapa mempunyai kesedaran bagi melindungi keselamata­n bayi mereka kerana kemalangan tidak berbau dan boleh berlaku di mana saja.

Bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa mengenai pentingnya memiliki kerusi keselamata­n bayi, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri melalui kelas keibubapaa­n bersama butik kelengkapa­n bayi dan kanak-kanak, Tateh mengadakan bengkel khas mengenai kepentinga­n menggunaka­n kerusi keselamata­n bayi kepada ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Menurut Pengasas Tateh Siti Shafurah Abas, apa yang ingin diberi penekanan dalam bengkel ini adalah mengenai teknik pemilihan dan pemasangan kerusi keselamata­n dengan betul.

“Walaupun wujud kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk memiliki kerusi keselamata­n bayi dan kanak-kanak, cara kerusi dipasang adalah salah dan tidak membantu melindungi si kecil daripada kemalangan.

“Ada juga menyangka penggunaan kerusi ini untuk bayi berusia tiga bulan ke atas saja. Sebenarnya bayi perlu diletakkan di dalam kerusi ini seawal mungkin, iaitu sebaik saja dibenarkan keluar dari hospital sehingga berusia 12 tahun,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut menurut Siti Shafurah, kerusi kanakkanak terbaik mestilah mempunyai kemampuan untuk dipasang dengan kemas di dalam kereta. Dengan kata lain ia mesti menepati piawaian ISOFIX (piawai antarabang­sa untuk pemasangan tempat duduk kanakkanak dalam kenderaan). Selain itu ia biasanya mempunyai pemegang untuk membolehka­n anda membawanya dengan mudah sewaktu di luar kenderaan.

PANDUAN PENTING

Sebagai panduan untuk memudahkan anda memilih tempat duduk kanak-kanak yang sesuai, berikut ialah antara beberapa aspek yang perlu diberi penekanan:

Kerusi kanakkanak mestilah menepati piawaian antarabang­sa

untuk pemasangan

dalam kenderaan

1. Ciri keselamata­n

Ciri keselamata­n adalah faktor penting dalam memilih tempat duduk bayi. Tempat duduk menghadap ke belakang adalah jenis terbaik untuk bayi jadi sebaiknya posisi ini dikekalkan selama yang boleh (kecuali apabila anak anda sudah semakin membesar). Pastikan tempat duduk itu mempunyai berat yang lebih dan had ketinggian yang sesuai dengan anak sedang membesar.

2. Pelarasan tali pinggang

Dapatkan tempat duduk dengan tali pinggang boleh laras agar boleh disesuaika­n dengan berat kanakkanak. Tali pinggang keselamata­n tempat duduk ini sepatutnya boleh diketatkan dengan sebelah tangan sewaktu memandu. Untuk ciri kerusi yang baik pilih tali pinggang pada kerusi jenis butang di tengah bukan di tepi.

Perehat kepala boleh

 ??  ?? PASANG kerusi keselamata­n di tempat duduk belakang menghadap ke
belakang.
PASANG kerusi keselamata­n di tempat duduk belakang menghadap ke belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia