Harian Metro

TIP HILANG BAU KAMBING

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Daging kambing adalah sejenis daging empuk yang memecah selera, apabila disajikan dengan cara yang betul. Sama ada dipanggang atau dimasak kari dan juga kurma.

Namun ramai juga yang tidak menggemari­nya disebabkan bau yang terlalu kuat. Untuk mengelak masakan berbau daging harus dicuci bersih sehingga darah tidak kelihatan. Memanggang atau membakar adalah teknik terbaik menjadikan kambing hidangan enak dan lazat.

Menurut Cef Absar Abdul Rajak dari Hotel Bangi Putrajaya, untuk memanggang penggunaan bahan perapan dan tempoh masa daging diperap adalah sangat penting.

“Selepas semua bahan perap dikisar pastikan daging diperap selama satu jam bagi membolehka­n bahan sebati dengan daging,” katanya.

Memberikan sedikit kelainan dalam menu dihasilkan, Cef Absar menunjukka­n cara menyediaka­n kambing panggang dengan sos kiwi kepada pembaca Hati, Harian Metro.

Terdapat tiga bahan utama yang perlu disediakan iaitu sos untuk perapan, pastri dan juga hiasan sayur-sayuran.

“Hidangan sebegini memang terkenal di Barat, tetapi saya ubah suai sedikit menggunaka­n sos kiwi dengan rasa sedikit masam tetapi menghasilk­an aroma yang lengkap apabila dipadukan dengan kambing yang sudah dipanggang. Kulit pastri pula memberikan kelainan bagi mereka yang tidak menggemari kambing panggang yang dimakan begitu saja,” katanya.

Daging perlu dicuci hingga darah tidak

kelihatan

 ??  ??
 ??  ?? 2. CINCANG kasar bahan sayuran. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sayur, krim, mentega dan garam.
3. BALUT bahan sayur dengan
pastri paf.
4. SAPUKAN telur kuning di atasnya supaya pastri melekat.
5. UNTUK sos pula kupas kiwi
dan rebus sehingga empuk.
6. MASUKKAN gula dan sos pudina biarkan di atas api perlahan sehingga sos pekat. Sejukkan bahan kemudian kisar. Susun daging dan pastri dalam pinggan. Tuang sos dan hidang.
2. CINCANG kasar bahan sayuran. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan sayur, krim, mentega dan garam. 3. BALUT bahan sayur dengan pastri paf. 4. SAPUKAN telur kuning di atasnya supaya pastri melekat. 5. UNTUK sos pula kupas kiwi dan rebus sehingga empuk. 6. MASUKKAN gula dan sos pudina biarkan di atas api perlahan sehingga sos pekat. Sejukkan bahan kemudian kisar. Susun daging dan pastri dalam pinggan. Tuang sos dan hidang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia