Harian Metro

‘KAMI TIDAK MAHU’

-

keharmonia­n penduduk asal.

Mereka mendakwa, keputusan kerajaan memindahka­n penduduk Pulau Gaya ke kampung itu pada awal 2000 sudah cukup menyusahka­n penduduk kampung yang terpaksa berdepan pelbagai masalah.

Mereka bukan saja terpaksa berdepan masalah pembuangan sampah yang tidak terkawal, tetapi juga gejala jenayah seperti pengedaran dadah dan kecurian yang berleluasa.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kampung Boronuon, Timbok Azizah Kumin, 53, berkata, penduduk perkampung­an ini tidak mahu dibebani masalah sosial yang kian meruncing setiap hari.

“Masalah yang dihadapi penduduk kampung seperti jenayah dan isu pembuangan sampah pun masih belum dapat diselesaik­an hingga kini, mengapa bebanan ini perlu ditambah lagi?

“Perkara ini bukan sengaja direka-reka, pihak berwajib seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana agensi berkaitan boleh datang melihat sendiri masalah dihadapi penduduk,” katanya.

Azizah yang juga bekas Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) berkata, surau yang baru dibina untuk kemudahan penduduk juga sudah rosak dan banyak kelengkapa­n termasuk atap dicuri, walaupun belum pernah digunakan.

“Masalah pembuangan sampah juga semakin sukar diselesaik­an. Setiap tahun kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri membersihk­an longkang tersumbat bagi mengelakka­n kejadian banjir terutamany­a ketika musim hujan.

“Semua penduduk kampung menolak cadangan ini. Kami penduduk asal berharap kerajaan mendengar rintihan kami dan membatalka­n keputusan itu sekiranya cadangan sudah dibuat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK Kampung Boronuon Timbok membantah ura-ura perkampung­an mereka dijadikan penempatan semula mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2, Likas. Penduduk perkampung­an tidak mahu dibebani masalah sosial yang
kian meruncing
PENDUDUK Kampung Boronuon Timbok membantah ura-ura perkampung­an mereka dijadikan penempatan semula mangsa kebakaran Kampung Cenderamat­a 2, Likas. Penduduk perkampung­an tidak mahu dibebani masalah sosial yang kian meruncing
 ??  ?? MASALAH pembuangan sampah yang tidak terkawal di Sungai Kampung Boronuon.
MASALAH pembuangan sampah yang tidak terkawal di Sungai Kampung Boronuon.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia