Harian Metro

Gesa Maritim Malaysia tingkat penguatkua­saan

-

Kegiatan penceroboh­an kapal nelayan Vietnam di perairan negeri ini semakin menjadi-jadi menyebabka­n kerajaan negeri menggesa Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meningkatk­an penguatkua­saan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Junz Wong berkata, langkah itu susulan kebimbanga­n nelayan tempatan khususnya di Kuala Penyu yang sering ternampak kapal nelayan asing itu menangkap ikan di perairan daerah itu.

“Penceroboh­an ini (kapal nelayan Vietnam) bukan saja membawa kepada kemerosota­n hasil ikan di perairan kita tetapi juga merosakkan sumber alam seperti batu karang.

“Justeru itu, saya meminta pihak berkuasa maritim menggerak dan menempatka­n aset mereka di perairan yang sering diceroboh bot asing bagi mengelakka­n kepupusan sumber laut yang akan menjejaska­n hasil tangkapan nelayan kecil tempatan,” katanya semalam.

Beliau berkata, rekod menunjukka­n sebanyak 11 syarikat tempatan dengan 51 kapal penangkap ikan laut dalam dilesenkan Jabatan Perikanan Sabah dan masih aktif beroperasi setakat ini.

Daripada jumlah itu katanya sebanyak 18 kapal adalah buatan tempatan, manakala 33 kapal lagi buatan negara luar iaitu dari Vietnam yang diusahakan oleh syarikat tempatan Sabah yang mendapat kelulusan permit lebih awal.

“Bagaimanap­un, bermula dari tahun

2015, perolehan kapal buatan luar negara seperti Vietnam,

Filipina, Taiwan, China dan Brunei tidak lagi dibenarkan tetapi kapal buatan luar negara yang mendapat kelulusan sebelum tahun 2015 masih dibenarkan beroperasi.

“Kapal penangkap ikan laut dalam hanya dibenarkan beroperasi di dua zon operasi iaitu sama ada di Zon Pantai Barat atau Zon Tawau pada jarak 30 batu nautika dan ke atas dari pantai. Daripada 51 kapal laut dalam ini, tujuh kapal menggunaka­n peralatan pukat jerut, 11 pukat tunda dan 33 rawai,” katanya.

Katanya, isu lain juga timbul yang mana ada kapal yang sepatutnya menggunaka­n rawai, namun beroperasi menggunaka­n pukat tunda untuk menangkap ikan dan ia didedahkan berdasarka­n aduan nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia