Harian Metro

Kita cuma bantu saja

- Suzianah Jiffar suzianah@nstp.com.my

„ Kerajaan Sabah nafi khabar angin Parti Warisan Sabah beri kad pengenalan kepada PATI

Kerajaan Sabah menafikan khabar angin kononnya kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberikan kad pengenalan kepada rakyat Sabah yang tidak berdokumen atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia adalah tohmahan yang didengar sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Mana ada (beri kad pengenalan), ia hanya tohmahan...cuma kita bantu, ada suami orang tempatan dan isteri orang asing (dan sebaliknya). Suami tinggalkan dia dan ada anak, jadi bagaimana menangani masalah ini.

“Kita ajukan kepada pendaftara­n (Jabatan Pendaftara­n Negara) dan ada undang-undangnya .... bukan terus keluarkan kad pengenalan.

“Itu pihak pembangkan­g yang tidak bertanggun­gjawab, bukan kita keluarkan kad pengenalan tapi kita minta supaya bagi bantuan untuk atasi masalah mengikut peraturan kepada rakyat Malaysia, orang Sabah yang ada hak dan dilahirkan di sini.

“Ini kerana mungkin ada rakyat Sabah yang menghadapi masalah surat beranak yang tidak dapat dikeluarka­n kerana tiada surat nikah, ini akan memberi masalah kepada anak-anak. Ini yang kita cuba bantu tetapi mengikut peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Hari Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Semporna di sini, semalam.

Mengenai majlis itu, Mohd Shafie berkata, beliau mendapati kira-kira 90 peratus masalah rakyat adalah berkaitan tanah selain ada juga membabitka­n projek perumahan rakyat termiskin

(PPRT).

“Saya menerima beberapa aduan daripada rakyat, namun lebih banyak atau kira-kira 90 peratus berkaitan tanah. Disebabkan itu, pada majlis ini, kita bawa bersama pegawai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk membantu menangani masalah rakyat berkaitan tanah.

“Program ini juga akan diperluask­an ke daerah lain dan akan membawa bersama Menteri Luar Bandar kerana kita tahu masih banyak masalah di luar bandar antaranya berkaitan jambatan, elektrik, jalan dan rumah PPRT,” katanya.

Mengenai masalah sampah di Semporna, beliau berkata, ia akan terus diatasi.

 ??  ?? MOHD Shafie bertemu orang
ramai pada Majlis Program Bersama Ketua Menteri di Dewan
Masyarakat Semporna.
MOHD Shafie bertemu orang ramai pada Majlis Program Bersama Ketua Menteri di Dewan Masyarakat Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia