Harian Metro

Eksploitas­i peniaga tamak jejaskan usaha kerajaan

-

Petra Jaya: Eksploitas­i peniaga tamak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau mengekalka­n paras harga ketika rejim Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dikenal pasti berisiko menjejaska­n usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri T Subromania­m berkata, 5,443 barang dikecualik­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berbanding kira-kira 500 barang saja ketika era GST.

“Beginilah, Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) sudah memaklumka­n kalau banding GST dulu...SST skopnya tidaklah selebar GST. Jadi, beban cukai kepada pengguna sudah separuh hilang, tetapi harga barang sama ada turun atau naik, saya tidak mahu sentuh sebab ada banyak faktor menentukan harga barang.

“Bukan semata-mata cukai yang menentukan turun naik harga barang. Namun, kalau kita tengok kebanyakan barang tidak dikenakan cukai dan apa kaitannya dengan SST?” katanya pada sidang media selepas menghadiri Taklimat GST Bersama Peniaga di Wisma Kastam Sarawak di sini, semalam.

Dianggarka­n, 6,400 jenis barangan bakal dikenakan SST berbanding 11,197 barangan di bawah GST.

Subromania­m ketika mengulas lanjut berkata, pihaknya memberi komitmen penuh untuk membantu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal eksploitas­i peniaga tidak bertanggun­gjawab terutama membabitka­n aspek teknikal.

“Aspek teknikal berkenaan merangkumi proses mengenal pasti barang mana yang dicukai dan tidak dicukai, sekali gus secara langsung membantu kementeria­n terbabit memantau harga barang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, di Sarawak, 3,794 syarikat didaftar automatik di bawah SST berbanding lebih 30,000 syarikat di bawah GST.

“Sehingga kini, 77,451 syarikat di seluruh negara sudah didaftarka­n secara automatik di bawah SST, berbanding 472,000 syarikat di bawah GST,” katanya.

Daripada 77,451 syarikat berkenaan, 32,557 syarikat adalah pendaftar bagi cukai jualan, manakala 44,874 adalah pendaftar cukai perkhidmat­an.

Cukai bagi jualan ditetapkan pada kadar 10 peratus, manakala cukai perkhidmat­an adalah enam peratus.

 ??  ?? SUBROMANIA­M (kanan) bersama Pengarah Kastam Negeri Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, mengadakan sidang media selepas menyempurn­akan Program Hand-holding SST.
SUBROMANIA­M (kanan) bersama Pengarah Kastam Negeri Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, mengadakan sidang media selepas menyempurn­akan Program Hand-holding SST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia