Harian Metro

HIDAYAH DI PULAU PERHENTIAN

- Mohammad Ishak cnews@nstp.com.my

Tujuan asalnya hanya datang bercuti di pulau peranginan, Pulau Perhentian di sini namun siapa sangka ia pembuka hidayah untuk tiga pelancong dari Jerman memeluk Islam, Jumaat minggu lalu.

Bermula dengan hajat menumpang tandas di Masjid Alrahman di pulau itu, tiga sahabat berkenaan yang dikenali sebagai Mark, 22, Elyas, 26 dan Tovel, 29, memeluk Islam selepas mengakui jatuh cinta dengan agama itu dan kesantunan umat Islam khususnya di pulau berkenaan.

Pendakwah, Abu Khaleef @ Khairul Ikhwan, berkata, tiga lelaki Jerman itu menyatakan hasrat dan minat untuk memeluk Islam selepas beliau bersama beberapa lagi ahli rombongan jemaah dakwah di masjid berkenaan menyantuni mereka.

“Mulanya mereka meminta izin masuk ke masjid untuk menumpang tandas. Melihatkan mereka agak malu, kami mendekati mereka dan mengajak berbual sambil menikmati minum petang dan keropok lekor.

“Sepanjang perbualan itu, kami rancak berkongsi mengenai perkembang­an Islam sehinggala­h hampir waktu Maghrib, kami mengajak mereka masuk ke masjid untuk melihat jemaah solat dan mendengar ceramah.

“Mereka teruja mendengar ceramah disampaika­n pendakwah, Dr Maulana Helmi dan saya membantu mereka memahami butiran ceramah dengan menterjema­hkannya ke dalam bahasa Inggeris.

“Tidak sangka pula selepas itu mereka menyatakan minat untuk memeluk Islam dan akhirnya mereka me-

ngambil wuduk dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan saya dan jemaah lain di masjid itu,” katanya.

Abu Khaleef berkata, beliau turut mengajar lelaki Jerman itu mengambil wuduk dan mereka turut menikmati makan malam dalam talam bersama jemaah

3 pelancong Jerman peluk Islam jatuh cinta kesantunan umat Islam

lain di masjid itu selepas waktu solat Isyak.

Kisah tiga pelancong Jerman yang bercuti di pulau itu memeluk Islam mendapat perhatian apabila ia tular di laman sosial sejak seminggu lalu.

Abu Khaleef berkata, beliau gembira kerana rombongan dakwah dipimpinny­a yang disertai 300 jemaah yang datang ke pulau itu sebagai sebahagian daripada aktiviti dakwah di seluruh negara akhirnya menarik minat bukan Islam memeluk Islam.

Rombongan dakwah Abu Khaleef ke pulau itu turut disertai individu ternama termasuk usahawan dan artis tempatan seperti Dr Sam Rasputin, Radhi OAG, Jojoe One Nation Emcees, Sabhi Saddi dan Farid Wari.

Abu Khaleef berkata, tiga pelancong itu masih tinggal di Pulau Perhentian dan mereka turut berkesempa­tan menunaikan solat Aidiladha serta melihat sendiri ibadah korban yang dilakukan penduduk pulau berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ABU Khaleef (kanan) bersama tiga pelancong Jerman yang memeluk Islam di Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian. Gambar kecil, tiga pelancong Jerman mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib.
ABU Khaleef (kanan) bersama tiga pelancong Jerman yang memeluk Islam di Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian. Gambar kecil, tiga pelancong Jerman mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia