Harian Metro

DENGAR MASALAH

- Nur Lela Zulkipli cnews@nstp.com.my

Genap tujuh hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dan ia memberi keyakinan kepada calon PAS, Dr Halimah Ali untuk meraih sokongan pengundi.

Dr Halimah berkata, beliau sudah melawat empat zon DUN Seri Setia meliputi Petaling Jaya Selatan, Kelana Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Lembah Subang.

“Setiap hari saya akan turun ke empat kawasan di Seri Setia dan mendengar masalah yang dihadapi penduduk setempat.

“Setakat ini, penduduk miskin bandar menjadi keutamaan untuk diberi perhatian, contohnya kualiti hidup penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Subang,” katanya, semalam.

Katanya, penduduk miskin di PPRT Lembah Subang berdepan masalah infrastruk­tur seperti lif rosak dan bekalan air kerap terputus sejak sekian lama.

“Saya berasa kasihan apabila melawat penduduk PPRT Lembah Subang yang terpaksa bergantung dengan satu lif untuk naik ke tingkat rumah mereka disebabkan dua lagi lif tidak diselengga­ra pihak berkenaan.

“Jadi, saya akan cuba menjadi suara pembangkan­g yang kuat supaya nasib penduduk miskin di sini dan sekitar terbela,” katanya.

PRK Dun Seri Setia pada 8 September ini menyaksika­n pertembung­an antara Dr Halimah dan calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar.

„ PAS yakin raih undi 7 hari berkempen

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia