Harian Metro

TIADA LAGI KAPUR

- Haryani Ngah aryani@bh.com.my

Papan putih interaktif Sharp tarik minat belajar

Penggunaan peralatan digital di sekolah pada hari ini menjadikan corak pendidikan pada masa ini jauh ke depan.

Tiada lagi penggunaan papan hitam dan kapur sebaliknya diganti dengan peralatan digital menjadikan proses belajar begitu menyeronok­kan.

Tenaga pengajar tidak lagi terikat dengan cara konvension­al sebaliknya perlu menggunaka­n pendekatan kreatif untuk menarik minat pelajar sesuai dengan keadaan semasa.

Pelbagai produk digital kini berada di pasaran dan masing-masing mempunyai kelebihan sendiri dalam menyampaik­an maklumat kepada pelajar.

Sharp Electronic­s (M) Sdn Bhd tampil dengan papan putih interaktif untuk kegunaan di dalam kelas, sekali gus membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan.

Alat bantu mengajar ini menjadi penghubung kepada guru untuk menggabung­kan kandungan bahan daripada atas talian dan video untuk dijadikan bahan pembelajar­an.

Dengan paparan yang luas dan skrin yang lepas ia dapat memastikan pembabitan pelajar akan tertumpu di hadapan.

Papan putih interaktif ini bukan saja menjimatka­n masa dan serba guna tetapi paling penting dapat memastikan pelajar terus fokus, manakala guru dapat menyampaik­an ilmu dengan lebih berkesan. Guru dapat memberi keutamaan kepada sesuatu dengan membesarka­n objek pada skrin sambil disokong oleh gambar yang jelas selain imej yang lain.

Pelajar pula dapat menggunaka­n sepenuhnya sistem papan putih interaktif ini secara lebih efektif menerusi penggunaan tablet untuk menambah maklumat kepada pelajaran.

Sistem papan putih ini tidak hanya digunakan untuk tujuan pendidikan saja, tetapi sangat luas terutama dalam urusan perniagaan.

 ??  ?? PAPAN putih interaktif Sharp menjadikan proses pembelajar­an menyeronok­kan.
PAPAN putih interaktif Sharp menjadikan proses pembelajar­an menyeronok­kan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia