Harian Metro

Tak pulang rumah dek merajuk

-

Rajuk dipercayai menjadi punca seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun hilang sejak petang kelmarin

Kanak-kanak terbabit, Nur Syahindah Awfiyah Shafawi, anak kedua daripada lima beradik tidak pulang ke rumah di Batu 19, Kampung Kuala Perdik, Hulu Langat, Kajang, di sini, selepas keluar kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Norita Rahmat berkata, kehilangan anaknya itu dipercayai berpunca teguran yang diberikann­ya sebelum itu.

Katanya, sekeping nota turut ditinggalk­an Nur Syahindah di atas meja di ruang tamu rumah.

“Sebelum dia keluar, saya ada tegur dia, mungkin dia merajuk dan berkecil hati dengan teguran saya itu menyebabka­n dia buat keputusan untuk keluar dari rumah.

“Dia juga sempat meninggalk­an nota, dalam nota itu dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi seorang anak yang baik selain berpesan kepada abangnya untuk menjaga adik-adik yang lain.

“Abangnya perasan dia keluar sambil membawa beg kecil selain memakai seluar hitam, baju lengan panjang biru gelap dan memakai tudung hitam,” katanya.

Norita berkata, kali terakhir anaknya dilihat adalah ketika dia menaiki bas menghala ke Kajang Metro Point.

“Saya rayu jika ada sesiapa ternampak anak saya, tolong maklumkan kepada kami atau polis. Anak saya itu tidak pernah keluar rumah secara bersendiri­an.

“Sesiapa yang ada maklumat boleh menghubung­i saya di nombor 017-6333808 atau 016-3399790,” katanya.

 ??  ?? NUR Syahindah
NUR Syahindah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia