Harian Metro

TERLEPAS EMAS

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

„ Skuad boling raih perak selepas tewas kepada Korea

Kem boling negara terlepas satu lagi pingat emas di Sukan Asia apabila skuad wanita meraih perak dalam acara berpasukan di Palembang, semalam.

Pasukan negara yang dibarisi Shalin Zulkilfi, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Sin Li Jane dan Natasha Roslan mengumpul 8,149 jatuhan pin selepas 24 permainan, menamatkan saingan di belakang Korea Selatan yang berkelebih­an 189 jatuhan pin.

Taiwan pula meraih gangsa selepas mengumpul 7,969 jumlah jatuhan pin.

Pengurus pasukan boling negara, Maradona Chok, mengakui persembaha­n kurang menyerlah pada permainan kelima menjadi punca Malaysia terlepas peluang meraih pingat emas kedua di Pusat Boling JSC.

Ketika dihubungi, Maradona yang juga Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) berkata: “Ia adalah acara berpasukan yang sengit.

“Semua pemain sudah melakukan yang terbaik tetapi sedikit bergelut dalam permainan kelima. Ia juga memberi keyakinan kepada wakil Korea Selatan.”

Rabu lalu, trio wanita yang dibarisi Syaidatul Afifah, Siti Safiyah dan Esther Cheah, menceriaka­n kontinjen Malaysia dengan emas pertama.

Ia disusuli dengan pingat perak dari trio lelaki sehari kemudian menerusi gandingan Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan.

Berkenaan harapan terhadap acara berpasukan lelaki, hari ini Maradona menambah: “Acara berpasukan lelaki akan menjadi satu lagi persaingan sengit dan pasukan negara diharap membuktika­n mereka boleh mempamerka­n permainan terbaik.”

 ??  ?? KETUA jurulatih skuad boling negara, Holloway Cheah (tengah) bergambar bersama anak buahnya (dari kiri) Shalin, Natasha, Esther Cheah, Siti Safiyah, Syaidatul Afifah dan Sin Li mempamerka­n pingat pingat perak dimenangi mereka.
KETUA jurulatih skuad boling negara, Holloway Cheah (tengah) bergambar bersama anak buahnya (dari kiri) Shalin, Natasha, Esther Cheah, Siti Safiyah, Syaidatul Afifah dan Sin Li mempamerka­n pingat pingat perak dimenangi mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia