Harian Metro

‘TANGAN TERIKAT’

Namun tiada kuasa halang tindakan ahli perniagaan sewa lot kedai kepada warga Bangladesh di Jalan Silang

- Skuad Khas Harian Metro am@nstp.com.my

Walaupun mengetahui kegiatan individu bergelar Datuk yang menguasai dan menyewa premis perniagaan kepada warga Bangladesh di Jalan Silang tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh mengambil tindakan kerana mereka beroperasi secara sah. Taktik menyamar sebagai pekerja dan kelomponga­n undang-undang membuatkan tindakan sukar diambil dan ramai menuding jari kepada DBKL tanpa mengetahui hal sebenar, lapor Skuad Khas Harian Metro.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memang mengetahui kegiatan individu bergelar Datuk yang menguasai lot kedai disewakan kepada warga Bangladesh di Jalan Silang, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka beroperasi mengikut undang-undang.

Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosio Ekonomi DBKL Datuk Ibrahim Yusoff berkata, semua premis perniagaan terbabit mempunyai lesen perniagaan sama ada atas nama Datuk terbabit atau pun nama warga asing berkenaan.

“Mengikut peraturan, DBKL hanya boleh mengambil tindakan sekiranya mereka beroperasi tanpa lesen dan menjalanka­n perniagaan yang salah di sisi undang-undang seperti aktiviti persundala­n dan perjudian,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, banyak pihak menyalahka­n DBKL apabila mendapati premis perniagaan bukan saja di Jalan Silang malah beberapa kawasan tumpuan lain di ibu kota seperti Bukit Bintang, Masjid Jamek dan Jalan Pudu dikuasai warga asing.

“Jika lesen perniagaan bukan atas nama mereka sekali pun, jika mereka menunjukka­n lesen perniagaan dimiliki warga tempatan dan mereka mendakwa hanya pekerja di situ, DBKL memang tidak dapat mengambil tindakan kerana mengikut undang-undang, warga asing memang dibenarkan bekerja,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya hanya boleh mengambil tindakan terhadap warga asing yang menjaja di tepi jalan atau kepada penjaja tempatan yang menyewakan gerai kepada warga asing.

“Namun, perniagaan besar dan premis kedai, DBKL tidak boleh mengambil tindakan sekiranya mereka mempunyai lesen perniagaan sah,” katanya.

Ibrahim turut menjelaska­n, warga asing memang dibenarkan memiliki lesen perniagaan dengan syarat mesti mengikuti peraturan ditetapkan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

“Mengikut peraturan, 99 peratus pemilikan dalam syarikat dibolehkan untuk warga asing dan hanya 1 peratus saja perlu dimiliki warga tempatan bagi membolehka­n lesen perniagaan dikeluarka­n,” katanya.

Beliau berkata, semua syarat dan taktik warga asing serta penyewa warga tempatan menyebabka­n pihaknya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, kecuali memantau saja aktiviti perniagaan bagi memastikan tiada yang menyalahi undang-undang.

Malah, katanya, difahamkan kadar sewa lot kedai kepada peniaga asing sehingga empat kali ganda melebihi sewa kepada peniaga tempatan.

“Kebanyakan kadar sewa di kawasan tumpuan warga asing termasuk di Jalan Silang adalah antara RM60,000 hingga RM70,000 sebulan sedangkan kadar yang mampu dibayar penyewa tempatan hanya RM15,000 hingga RM20,000 saja sebulan,” katanya.

Akhbar ini sejak beberapa hari lepas menyiarkan mengenai kegiatan penjualan ubat sama ada farmasi dan klinik yang dibanjiri ubat-ubatan dari Bangladesh di kawasan Jalan Silang.

Kawasan berkenaan termasuk di Kota Raya hampir dikuasai sepenuhnya peniaga warga Bangladesh dan tinjauan Skuad Khas mendapati lebih 10 lot kedai di situ dimiliki individu tempatan bergelar Datuk.

Malah, tinjauan mendapati peniaga warga Bangladesh itu menunjukka­n surat kononnya lesen perniagaan atas nama Datuk berkenaan bagi membuktika­n mereka hanya pekerja.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap peraturan pemilikan perniagaan diperketat­kan bagi memudahkan tindakan diambil terhadap warga asing yang menguasai perniagaan terutama di ibu kota.

“DBKL juga pernah memberi cadangan hanya 50 peratus saja tenaga kerja asing dibenarkan dalam premis perniagaan dan yang selebihnya warga tempatan bagi mengelak berlaku masalah,” katanya.

Beliau berkata, jika syarat berkenaan dipersetuj­ui, sekurang-kurangnya DBKL mempunyai kuasa untuk bertindak jika jumlah pekerja asing melebihi kadar ditetapkan.

Namun apapun katanya, DBKL tetap melakukan pemantauan di semua kawasan perniagaan dimonopoli warga asing.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 23 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro, 23 Ogos lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia