Harian Metro

3 MAUT KILANG MELETUP

Pemilik, dua pekerja kilang maut mesin bekalan kuasa meletup

- Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Rasa teruja pemilik sebuah kilang kejurutera­an elektrik mencuba mesin bekalan kuasa yang baru dihasilkan bertukar tragedi apabila dia bersama dua pekerja maut terpelanti­ng dalam letupan.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, menyebabka­n ketiga-tiga mangsa lelaki berusia 50-an maut bergelimpa­ngan dihempap besi di dalam kilang terletak di Jalan Kpk 1/5, Kawasan Perindustr­ian Kundang di sini.

Letupan mesin itu turut menyebabka­n seorang lagi pekerja cedera terkena serpihan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, nahas terjadi ketika semua mangsa melakukan ujian di peringkat akhir terhadap mesin bekalan kuasa itu.

“Difahamkan mesin itu pernah dicuba beberapa kali sebelum ini dan pemeriksaa­n dilakukan adalah ‘ujian terakhir’. Bagaimanap­un mesin itu meletup sebaik dipasang pada soket menyebabka­n mangsa tercampak akibat letupan berkenaan. Bagaimanap­un letupan tidak membabitka­n kebakaran.

“Letupan itu turut mengakibat­kan bahagian dalam dan bumbung kilang berkenaan yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu runtuh selain serpihan besi berterbang­an sejauh 100 meter,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

“Kilang ini sudah ditutup untuk pemeriksaa­n lanjut termasuk memastikan sama ada bangunan kilang berkenaan selamat atau sebaliknya.

“Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat termasuk seorang lelaki warga Bangladesh yang cedera yang dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan mangsa yang maut dua lelaki warga tempatan dan seorang warga Bangladesh.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata, seramai lapan pegawai dan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Letupan itu menyebabka­n serpihan besi berterbang­an dan terkena mangsa. Kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA tercampak selepas mesin diuji meletup.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa letupan mesin bekalan kuasa.
MANGSA tercampak selepas mesin diuji meletup. ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa letupan mesin bekalan kuasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia